Rabu, 30 November 2011

Wanita Cantik Atau Sihat?



Salam,

Women in Malaysia are focusing more on beauty and life full of excitement as compared to personal health, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said.

                                                     Bernama.com

Betul tu! Kaum hawa kat Malaysia ni lebih pentingkan cantik daripada kesihatan. Semua nak kurus,kulit putih bersih berbanding dengan nak hidup lama.

Mungkin 'persaingan' sengit membuatkan kaum wanita lebih mementingkan luaran daripada dalaman.

Tapi harus di ingat,kami nak cantik bukan untuk sesiapa pun. Untuk Encik Husband jugak sebab mereka ni ada Nafsu Sepanjang Hayat. Kalau penampilan luaran pun serabai je,mula la berkira-kira nak pasang dua.

Yang sebenar-benarnya,sihat itulah cantik. Jadi,tak perlu ghairah untuk menjadi terlalu cantik hingga mengundang lelaki lain memandang kita. Ingat nak kumpul pahala,tapi dosa yang kita dapat.

Pendek kata,sihat itu lebih penting dari cantik! Kalau sakit,rupa yang asalnya cantik pun boleh bertukar jadi macam zombie. Kalau kita sihat,jadi boleh lah kita memikir cara nak cantik depan Suami! Chill!

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Wordless Wednesday



Warisan Darah Perwira VAT 69 Royal Malaysian Police

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Bukan Koloni Tapi Kpop!



Salam,

Teringat nenek aku pernah cerita kat anak-anak dan cucu-cucunya. Nenek kata,tak lama lagi negara kita akan dijajah kembali oleh colony (gelaran orang zaman dahulu kat Mat Salleh). Nenek aku pernah hidup di zaman pemerintahan kulit putih dan zaman Jepun. Jadi,nenek masih trauma dengan life dua zaman tu.

Tapi nek,memang negara kita dah lama dijajah oleh Mat Salleh ni. Diaorang tak pernah tinggalkan negara kita walaupun kita dah merdeka. Idealogi mereka kekal bersama kita. Ramai orang kita hanyut dan terikut-ikut gaya hidup Barat ni nek.

Lagi satu nek,nenek tentu tak jangka negara kita di jajah oleh satu lagi fenomena asing. Mereka lawa-lawa nek. Yang lelaki pulak kemain mengancam nek. Sape terpandang mesti jatuh cinta. Kulit mereka putih mulus macam telus yang di kupas kulitnya. Mereka orang Korea!

Tapi nenek janganlah risau. Kami cuma kipas-susah-mati mereka ni. Sekadar meminati lagu,gaya penataan rambut tapi bab-bab dressing yang melampau tu kami tak ikutlah nek. Yang untungnya,selain berbahasa inggeris,kami berbahasa Korea pulak nek.

Jangan risau. Takkan Melayu hilang di dunia. Begitu jugak bangsa bumiputera lain kat Malaysia ni. Sebab,masih ramai lagi Kpop lovers tak pernah lupa asal usul mereka termasuk aku! Chill ya!

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Selasa, 29 November 2011

Facebook kita , Wajah Kita



Salam,

Sejak dua menjak ni aku dah jarang sangat update status kat Facebook. Serba salah nak post. Kalau kita post yang kita ni kat KLCC ke,SOGO ke,Bukit Bintang ke,confirm orang cakap kita sengaja nak show off. Belum lagi bab tayang makanan yang kita nak santap kat kedai makan. Sebelum santap ambik picture dulu then upload kat Facebook.

Kalau pasal nak mengutuk orang kat dalam Facebook lagi ramai. Si polan ni tak puas hati ngan polan tu. Kekadang kita yang tak bersalah rasa macam bersalah pulak sebab kita tertanya-tanya member tengah kutuk sape.

Apa niat kita berFacebook sebenarnya? Bukankah niat asal untuk mengeratkan jalinan persahabatan yang jauh mahupun yang dekat. Tapi lain pulak jadinya. Bertukar menjadi medan perang dingin.

Bukan mudah nak puaskan hati semua pihak. Yelah,Facebook kita,suka hati kitalah nak post apa pun. Ada aku kisah? Hahahaha...silap tu. Orang ambik kisah dengan apa yang kita tulis. Dah tentu kita tak nampak orang dok pandang sinis kat kita.

Apa pun itulah realiti sebenar Facebook ni. Jangan kata tak kisah. Sebab,kata-kata lebih berbisa daripada sebilah pedang. Kena rodok ngan pedang,mati terus. Tapi kena rodok ngan kata-kata yang berbisa,sampai bebila orang akan ingat.

Kalau tak percaya,korang jenguk lah laman muka buku korang sekarang. Tengok kalau ada yang post 'lain macam'. Apa reaksi korang? Sekarang orang tak nilai dari budi bahasa dunia sebenar kita. Sebabnya? Sikap kita yang sebenarlah yang kita tunjukkan di Facebook.

Tak faham? Pendek kata,hipokritkah kita sebenarnya? Haluskah budi bahasa kita? Sekali sekala bolehlah kita buat perangai hangit. Tapi lelama,orang akan menyampah.

Jadi JANGAN MENGHINA KALAU TAK MAU MENGHORMATI! P/s : Kekadang aku jadi stalker kat pesbuk ex boipren..dah ada anak empat dah pun. Maju ke depan kih kih kih

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Opera Van Java : Upil & Ipul



Salam,

Entah kenapa akhir-akhir ni aku suka tengok cerita lawak dari negara seberang ni. Walaupun krisis antara dua negara pasal bola,tapi tak semestinya aku nak boikot rancangan televisyen diaorang kan.

Salah satu rancangan kegemaran aku dalam Indo Pek ni ialah Opera Van Java. Opera Van Java ni kira macam Senario jugaklah. Lawak spastik yang bodoh-bodoh. Tapi aku suka. Asalkan boleh buat aku ketawa. Hilang stress!

Hari tu rancangan ni ada melakonkan Upin dan Ipin versi Indonesia. Mereka tukarkan nama jadi Upil dan Ipul. Kelakar lah aku rasa sebab mereka berusaha nak bercakap bahasa Melayu. Berbelit-belit lidah tapi aku suka sebab mereka berusaha jugak nak cakap.

Aku tak rasa cara mereka berlakon ni menghina siri kartun kegemaran ramai kat Malaysia ni. Malah kita patut bangga ada jugak produk tempatan melangkau jauh ke tempat orang. Malah penyanyi juga menyanyikan lagu tradisional negara kita,Suriram dan beberapa lagi.

Opera Van Java ni,ada tok dalang jadi tukang cerita. Kadang-kadang dia pun turut serta jugak berlakon untuk memeriahkan suasana. Mereka tidak memerlukan skrip untuk berlakon. Semua di lakukan dengan spontan. Antara pelakonnya ialah Sule,Andre(Kiamat Sudah Dekat),Aziz Gagu (Pocong Ngesot) dan ramai lagi.

Tahu tak yang pemain bola sepak negara kita pun pernah berlakon dalam sitkom ni? Credit to Safee Salee...pewiittt!

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Sembang Shahrazali

Salam,

Kadang-kadang seronok juga bila kena interview ni...haaa..segmen korek rahsia bersama sahabat blogger aku, Shahrazali. Ini soalan yang beliau tujukan untuk aku beserta jawapan sekali.

Dah berapa kali jatuh cinta ???
-4 kali dan yang terakhir tu cinta sejati

Siapa idola hidup ??? dan kenapa ???
-Kedua orang tua sebab mereka tak mudah putus asa untuk berjaya.

Blogger kegemaran ???
- Eyriqazz.com
-Santai Bersama Ben
-Cerita Mamat
-Sembang Shahrazali

Azam utama tahun baru ni ???
-Berusaha untuk menjadi Arkitek yang berjaya

Sebab selalu menangis ???
-Kecewa

Apa yang membuatkan awk ketawa besar ???
-Opera Van Java,Sule,Andre,Aziz Gagu dan Kecebong

Peristiwa paling memalukan dalam hidup ???
-Jatuh tertiarap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching depan orang ramai

Drama pilihan dalam masa terdekat ni ???
- Semestinya Criminal Minds dan The Walking Dead

Movie pilihan dalam masa terdekat ni ???
-The Darkest Hour & The Muppets

Apa pandangan tentang semua entri blog saya ??? 
-Peribadi
-Kewwwllllll! Kalau tak cool,saya x kan jadi pembaca tegar hehehehehe....
 

posted from Bloggeroid

Uji Bakat Alih Suara : Kampung Boy



Salam,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalani ujibakat alih suara siri kartun kegemaran ramai Kampung Boy. Mencari watak-watak suara kawan-kawan Mat, Mak,Ayah,Pak Alang,Aunty Lim,suara budak lelaki (4-5 watak). Ujibakat akan di adakan pada hari Rabu,30 November 2011 pukul 9 pagi-12 tengahari.

Calling for voice over actor audition. Remember Dato Lat hilarious cartoon? Are you enjoy watching them on tv? Wanna be part of our team? We are looking for Mat and his friends ( early to mid teens ) Mum,Dad,Pak Alang,Auntie Lim,boy voices (4-5 roles). Audition will be held on 30 November 2011 on 9am - 12pm. See you there!

Wasp 2 Studio,Top level,1 Tech Park Jalan Tanjung Bandar Utama, Bandar Utama, 47410 Petaling Jaya, Selangor.

Contact Person : Ivan 012-383 0180

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Isnin, 28 November 2011

Tragedi Ke Tandas : Malaikat Maut Sentiasa Perhati Kita!



Salam,

Cerita ni pada malam minggu lepas. Aku tunggu jugak kot keluar paper tempatan. Tapi dah dua hari tak ada pun.

Kisah tragis ni berlaku kat stesen minyak Esso berdekatan dengan Restoran Jejantas Sg.Buloh. Menurut encik husband yang pergi ke kaunter pembayaran,dia sempat tengok seorang lelaki maut kena gilis dengan lori masa lelaki tu nak pergi ke tandas. Lelaki tu boleh lalu depan lori yang dah nak gerak.

Encik husband pun terkejutlah dengan apa yang dia tengok. Sepanjang perjalanan menuju ke bandar,dia diam je. Agak jauh sikit baru dia bersuara. Dia kata dia insaf kejap sebab kemalangan ada kat memana. "Mama,kalau Papa tak ada macam mana?" Oleh sebab tak mau perbualan menjadi hangat,aku cakaplah dah siap tulis wasiat belum ni. Pastikan segala harta benda yang ada value letak nama Mama ye. Aku tergelak. Encik husband dah buat muka kelat. Hehehehehe.... tapi dalam otak,aku tak mahu semua tu. Nanti makin di layan,makin syahdu pulak keadaan.

Malang tak berbau bila kita boleh di timpa kemalangan kat memana je. Encik husband cakap,malaikat maut sentiasa ada bersama kita. Dengan mengingati mati pun kita dah dapat pahala.

Jauh di sudut hati,aku pun takut bila mengenangkan bagaimana atau bila malaikat maut datang menjemput aku nanti.

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

RM50 Gift Voucher from Mommy Lily



Salam,

Sempena Maal Hijrah ni,ramai yang buat giveaway. Semakin murah rezeki mereka. Aku pun tak mahu ketinggalan jugak. Semoga rezeki berpihak kepada aku dan kalau menang,dah tentu aku hadiahkan untuk anak-anak aku nanti.

Nak join tak? Tak rugi kalau kita mencuba. Insyaallah,rezeki tu ada kat mana-mana. Klik sini---> Contest Hangat 

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

DigiLive Zero & KPOP



Salam,

Tadi Digi ada bagi SMS kat aku. Ada content terbaik untuk di download-DigiLive Zero.

Aku pun godek-godek la android aku. Aku cuba download Opera Mini seperti yang di syorkan. Kewwwllll la!! Aku bukak internet cepat je. Tak perlu tunggu lama.

Dengan DigiLive Zero ni,korang boleh surf laman web yang terpilih dengan percuma je. Korang cuma perlu download Opera Mini Browser dalam hp,tablet,android atau smartphone korang. Yang bestnya bagi peminat KPOP,content bulan ni padat dengan berita,gambar dan informasi tentang penyanyi pujaan korang.

Tawaran ni khas untuk pengguna Digi je. Layari  Digi untuk arahan download dan baca dulu terma dan syarat. Kang main download saje,menangis kredit kena potong.

Aku download GetJar dari Digi. Dalam tu banyak benda yang aku boleh download secara percuma contohnya Blogger Android. So tak payah bawak lappy nak berblog. Cukup bawak android atau smartphones. Mudah nak ambik picture dan terus create entri. Tapi tetap tak boleh lawan aplikasi Market.

The power is in your hand. Happy KPOPing with Digi!

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Ahad, 27 November 2011

6 Minutes : Malayan Tiger Failed To Roar


After the two scored ealier,Malaysia football team failed to defend their victory and cause Bahrain gave three score for the team.

In such of dramatic game,our team was to comfortable with their goal and not expect Bahrain can roar much louder then Malaysia.

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Salam Maal Hijrah



Salam,

New year,new hope and keep faith on Him.

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Sabtu, 26 November 2011

Uji Bakat Alih Suara : Animasi Kampung Boy



Salam,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalani ujibakat alih suara siri kartun kegemaran ramai Kampung Boy. Mencari watak-watak suara kawan-kawan Mat, Mak,Ayah,Pak Alang,Aunty Lim,suara budak lelaki (4-5 watak). Ujibakat akan di adakan pada hari Rabu,30 November 2011. Masa dan Studio akan diumumkan kemudian.

Credit to Norina Yahya Dubber Inc Malaysia

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Nuffnang Yang Sibuk!



Salam,

Semalam aku berpeluang pergi ke pejabat  Nuffnang yang terletak di Jalan Yap Ah Sak. Puas jugak aku memusing mencari  Nuffnang ni.

Naik je kat tingkat 12B,aku di sambut mesra oleh seorang mamat chinese yang sangat humble. Sesambil duduk kat meja customer,aku memerhati keadaan sekeliling. Team  Nuffnang sangat sibuk tapi yang aku salute,teamwork tu kuat. Aku tak perlu nak tunggu lelama kat situ. Urusan tak sampai 10 minit pun.

Awak nak ambil tiket ke? Err...tak. Saya datang sebab Coca Cola! Dia orang tanya under siapa. Aku jawablah  Eyriqazz . Owhh...saya tau. Cik duduk kejap ye. Begitulah ramahnya mereka ni.

Bila dah dapat pek Coca Cola Limited Edition ni,aku ingat nak stay sekejap. Banyak benda aku nak tanya. Tapi tak apalah. Next time aku mesti datang lagi. Thanks Nuffnang!

Join contest kat  Great Teacher Onizuka yang menawarkan pelbagai hadiah sebelum 30 November ni.  

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Jumaat, 25 November 2011

Perginya Seorang Bintang



Salam,

Hari ni aku di kejutkan oleh satu berita mengenai 'perginya' seorang bintang di dalam industri seni alih suara,Encik Fadhil Kamaruddin. Beliau banyak menyumbangkan suara di dalam animasi,drama dan filem. Selain itu sumbangan Allahyarham tidak ternilai sekali dalam penterjemahan dan polishing skrip.

Semalam,Allahyarham sempat bergurau bersama teman-temannya di dalam facebook sebelum meninggal setengah jam kemudian. Beberapa minggu yang lepas aku sempat berborak dengan Allahyarham di dalam facebook. Malah Allahyarham seperti mengetahui bahawa dirinya akan pergi selama-lamanya. Semuanya ditulis oleh Allahyarham sendiri di dalam dinding facebook.

Orang yang di sayangi oleh Allah akan cepat saja pergi meninggalkan kita. Al Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis

Tiada berair mata

Hendak ku senyum

Tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib

Sudah tersurat

Begini hebat

Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti

Serupa dengan mu

Tak sanggup ku berpisah

Dan berhati patah, hidup gelisah

    Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi

Tinggalkan sendirian

Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada bergema

Keluhan hatiku membawa derita

Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka

Menangis bersama, selama-lamanya

Lyric by : Tan Sri P Ramlee

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Khamis, 24 November 2011

Macam Mana Nak Untung?



I found this picture posted on facebook...Is it true or just a prank?

Tuck Onn Tong = Tak untung

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Rabu, 23 November 2011

Sayang Anak Luar Nikah



Salam,

Semalam aku beli majalah Mastika Edisi Disember 2011. Nampaknya ada blogger kita menulis untuk majalah no 1 kat Malaysia ni. Baca kisah  Must Love Cat yang menyayat hati. Boleh baca kisah Hero,kucing yang mempunyai hayat yang panjang setelah kakinya cedera parah akibat di potong.

Aku suka review sesuatu yang menarik perhatian dan yang boleh di kongsi bersama. Kalau anak gadis kita sewenang-wenangnya buang anak,kita tengok pulak remaja kat Leones Argentina.

Pamela Villarruel nama gadis remaja ni. Tau tak dia ada TUJUH ORANG anak luar nikah! Tapi apa yang nak kita hairan sangat betul tak. Bukan dia sorang je macam tu. Ramai lagi kat luar sana.

Pamela ni baru je berumur 20 tahun. Kali pertama dia melahirkan anak,dia berumur 14 tahun. Boleh tahan subur ni. Setahun sorang anak haaa... Tapi taklah setahun sorang. Dia ada anak yang kembar tiga pada tahun 2006 dan kembar tiga lagi pada tahun 2008.

Kesemua anaknya si Pamela ni bukan dari ayah yang sama. Boyfriend selalu tukar-tukar. Tapi bila pregnant, Pamela ditinggalkan seorang diri. Nasib badan.

Sekarang ni,Pamela membesarkan anaknya seorang diri tanpa ada lelaki yang bergelar suami di sisinya. Pamela bukan anak orang kaya. Nasib baik family Pamela tetap menyokong Pamela.

Pamela tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Walaupun ramai yang tampil menawarkan untuk mengambil anaknya sebagai anak angkat. Kata Pamela,anak-anaknya ibarat malaikat kecil dalam hidupnya. Pamela seronok melayan anak-anaknya walaupun zaman remajanya tak macam orang lain. Kira dia ni jenis berani buat,berani tanggung. Kisah selanjutnya dalam majalah Mastika.

Kebetulan paper tempatan semalam ada menyiarkan berita tentang mayat bayi yang dijumpai kesan sembelih di leher. Hari-hari kes buang bayi. Lama-kelamaan kita akan lali dengan cerita yang macam ni. Bagi kita, sudah biasa. Apa agaknya akan terjadi nanti.

Tapi remaja kita jangan pulak ikut jejak langkah Pamela. Memang dia jaga anaknya dengan baik. Yang itu bolehlah diikut. Tapi zina tu dosanya adalah tergolong dalam dosa besar. Mana-mana agama pun melarang seks tanpa nikah.

Kalau ada kawan-kawan kita yang sedang pregnant tanpa nikah tu,kalau tak mau jaga anak,baby hatch ada kan? Family pun ada betul tak. Cukuplah sekali buat kesalahan. Tapi jangan sampai kita ragut nyawa yang tak berdosa. Sesungguhnya kita tak berhak buat macam tu.

Jangan Jadi Pembunuh!



Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Wordless Wednesday



Pancake dan Pizza AirAsia. Terbaik! Including free gift if only you buy the meal through online.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Selasa, 22 November 2011

Seni Alih Suara : Spongebob Cetus Kontroversi



Salam,

Beberapa minggu yang lepas,aku melepak kat rumah sambil menonton cerita kegemaran aku iaitu Spongebob Squarepant.

Tiba-tiba,ada satu bahagian yang buat aku terkejut. Plankton merancang untuk memusnahkan Krabby Patty. Apabila di ketahui oleh Spongebob,Spongebob memberikan reaksi begini "Kita akan doom,kita akan doom!" atau dalam versi inggerisnya,"We are doom,We are doom."

Sebagai seorang polisher,aku rasa sedikit terkilan kerana bahasa di rojakkan untuk tontonan kanak-kanak. Dalam bahasa melayu sendiri pun tiada istilah "doom" untuk kata ganti musnah.

Tanpa berlengah lagi,aku terus menghantar 'laporan' kepada pihak DUBBER INC.(Malaysia). Walaupun ada jawapan dan perbincangan mencetuskan sedikit ketegangan,namun akhirnya di selesaikan dengan baik.

Memang mudah kalau kita yang duduk tengok kartun. Tapi kita sedar ke dengan kualiti bahasa? Dalam Facebook atau Blog,kita sendiri menggunakan bahasa rojak. Contohnya dalam entri ni sendiri. Tetapi tidak untuk rancangan kartun. Mungkin kita tak sedar bahawa kartun atau drama alih bahasa itu sendiri yang menjadi 'cikgu' kepada kanak-kanak yang menonton. Baiklah penggunaan bahasa yang di terjemahkan,baik juga hasilnya untuk di jadikan ikutan. Yang menontonnya siapa? Generasi dan anak-anak kita jugak.


Jangan 'cakap belakang' sekiranya tidak rasa puas hati dengan alih suara tempatan. Luah saja di Facebook DUBBER INC.(Malaysia) kerana itulah tujuan group itu di tubuhkan. Korang jangan hentam sewenang-wenangnya di dalam group itu. Bukankah molek kalau kita berbincang secara elok.

Kat sana korang boleh utarakan apa saja soalan tentang alih suara tempatan. Azuan Wanji Shamsir,CI Tan,Fadhil Kamaruddin,Zairaini Sarbini dan ramai lagi penterjemah,polisher,pelakon alih suara dan juga peminat kartun tempatan berkumpul kat sana.

Kalau bukan kita sendiri yang tak mau martabatkan bahasa kita,siapa lagi?

P/s : Entri ni sendiri pun banyak kesalahan tatabahasa..aduhhh

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Isnin, 21 November 2011

Keputusan Bola Sepak Final Malaysia vs Indonesia Sukan Sea ke 26


Breaking News

Malaysia menjadi juara setelah berjaya menjaringkan gol melalui sepakan penalti. Kejayaan dilakarkan di Stadium Bung Karno,Jakarta pada Sukan Sea ke 26. Tahniah Skuad bola sepak Malaysia kerana mempertahankan pingat emas yang kita miliki dua tahun dulu. Buat Indonesia,sabarlah okay. It was an entertaining match. Sampai sakit tekak terjerit-jerit.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Im The Winner::Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle Set



Monday Blues

Salam,

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku pulak bermodalkan ayat je hehehehe...nampaknya hari ni Super Monday untuk aku.

Beberapa hari yang lepas,aku telah menyertai satu giveaway dari blogger yang memang dikenali ramai  Great Teacher Onizuka . Hadiahnya adalah set Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle. Aku memang nak sangat join contest tu sebab aku adalah peminat tegar minuman coca cola ni.

Contest ni adalah contest yang pertama aku join sejak mula berblog ni. Sebenarnya ada banyak lagi contest yang menarik. Tapi bukan aku tak mau join. Aku masih dalam proses belajar lagi. Ada yang meletakkan syarat yang sukar nak aku ikut. Bukan sebab memperlekehkan contest tersebut. Terus terang aku cakap,aku ni slow learner. Contest  Eyriqazz ni mudah je. Kita cuma perlu komen kat entri contest.

Setelah berjaya melangkah satu tahap,lepas ni aku cuba pulak contest yang teens selalu buat. Dapat prize topup,header,shawl ke...sikit-sikit menapak walaupun terpaksa bertatih.

Tak sabar pulak rasanya nak tahu keputusan contest yang kedua. Pun dari blog  Great Teacher Onizuka 

yang menawarkan hadiah bernilai rm500++. Cukup mudah. Hanya jawab soalan. Tak perlu tag sesapa atau banyak langkah.

Apa tunggu lagi,jum terjah  Great Teacher Onizuka !   

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Ahad, 20 November 2011

Memori Musim Hujan



Super Sunday 

Salam,

Sejak kebelakangan ni asyik hujan je. Aku sebenarnya risau jugak. Yelah,rumah atas 'Bukit Antarabangsa'. Macam mana aku tak gelarkan Bukit Antarabangsa. Apartment yang aku duduk sekarang atas bukit. Kalau terjadinya tanah runtuh macam mana? Lagi pulak macam-macam jenis orang asing duduk sini. Little Acheh,Little Mynmar,Little African dan banyak lagi lah.

Masa aku turun tingkat bawah nak pergi kedai,aku ternampak beberapa orang kanak-kanak Myanmar seronok mandi hujan. Tanpa mengira petir dan guruh,semua mereka menikmati saat -saat yang aku pernah rasa suatu ketika dulu.



Masa aku kecik,mak aku tak larang kalau kami adik beradik main hujan. Seronok bukan kepalang lagi kalau dapat main hujan dan lopak air.  

Yang paling seronoknya kalau musim hujan kat kampung nenek aku. Rumah nenek betul-betul tepi sungai. Bila musim hujan,air akan menjadi deras dan banyak kayu kayan akan hanyut. Peluang keemasan itu nenek aku takkan lepaskan. Pasti dia akan menaiki perahu dan mengutip kayu-kayu yang hanyut untuk dijadikan kayu api. Kalau aku ikut serta,aku seronok naik perahu dan kutip permainan yang hanyut.



Pada musim hujan macam ni lah keluarga akan berkumpul di rumah. Mak akan sediakan kopi panas dan buatkan cucur goreng. Kalau tak pun,ayah akan rebuskan ubi kayu makan dengan ikan masin atau cecah gula. Memang seronok kalau makan berebut. Suasana tu sukar nak gambarkan.

Masa berlalu terlalu cepat. Aku pula sudah berhijrah kat sini. Aku cukup merindui kampung halaman bila musim hujan sebegini. Sepi dan keseorangan di tempat orang. Bila seharian cuaca panas terik dan tetiba hujan,aku seronok sekali. Bau rumput dan batu-batuan yang terkena hujan membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.

Sekarang,kalau terkena hujan sedikit pun aku dah selsema dan sakit kepala.

'Rain-rain go away,come again another day'

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Sabtu, 19 November 2011

I Hate You Bozzo!



Saturday Night Fever

Salam,

Puas melanun kat blog orang,aku terjumpa blog yang pada perkiraan aku authornya jenis yang berhati kering,jujur dan aku tau dia ni jenis yang pretty tough.---> CLOWN HATTER 

Dia berkongsi sesuatu yang aku tak suka dan yang aku paling takut dalam ni,BADUT! Maaf ye badut kat luar sana. Ada sebab kenapa aku takut badut.

Masa aku kecik,masa tu tahun 1990an,datang cuti sekolah atau musim perayaan je mesti akan menyiarkan cerita sarkis. Dalam sarkis tu,ada seorang badut yang bergelar Bozzo. Rupanya bukan macam badut kat Malaysia. Badut kat Malaysia aku tak takut. Diaorang touch up sikit-sikit je. Tapi badut orang putih ni memang pure badutlah kan.

Mungkin sebab aku dah pandai ada rasa takut pada sesuatu,aku takut tang senyuman badut yang meleret sampai ke pipi dan bahagian mata yang merenung kita. Eeekkkkk....... Masa tu aku dalam lingkungan 6 tahun.

Kisah kedua aku takut kat badut ialah filem Hollywood bertajuk IT. Badut yang membunuh kanak-kanak! Ditayangkan sekitar 1993. Sebenarnya seekor labah-labah yang besar dan menyamar sebagai badut untuk menarik kanak-kanak mengikutnya. Part yang aku seram,It sedang memegang belon dan melambai-lambai ke arah kanak-kanak. Fuh,sampai sekarang aku ingat. Aku tunggu juga kot Astro ada tayangkan kat HBO atau MAX.

Badut-Poker Face-Joker-spesis yang sama. Tapi yang lebih bahaya adalah orang yang bermuka-muka walaupun tak touch up macam badut.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

My Love Patzzi



Saturday Night Fever

Salam,

Sabtu tengah-tengah bulan macam ni,aku biasa duduk kat umah je. Kalau tak ada buat polishing skrip,aku melepak kat umah sambil melayan Astro Fun Pack. Budget tak ada maa...

Hari ni mood aku nak tengok cerita Korea pulak. Kalau nak tau,ni lah kegilaan zaman aku dulu selepas cerita Winter Sonata. Lepas cerita ni,lambakan cerita Korea yang berunsurkan percintaan ringan,lucu,romantik tumbuh macam cendawan. Contohnya macam Lovers in Paris,Full House etc..

My Love Patzzi ni mengisahkan,Song Er adalah seorang gadis biasa yang naif,tergopoh gapah dan biadap. Dia sentiasa bergaduh dengan rakan-rakan sekerjanya. Oleh itu,dia digelar "wanita ganas". Sebenarnya Song Er adalah seorang yang baik hati,cuma tak tahu nak tunjuk je.

Macam biasalah. Cerita cinta Korea,dah tentu ada pesaing yang busuk hati. Filem ni wajib tonton oleh kipas-susah -mati drama Korea. Dibintangi oleh Jang Nara (kalau pernah dengar,lagu ringtone Korea yang terhangat di Malaysia dulu..."Its gonna be another day with a sunshine" haaaa....confirm korang penah dengar. Lagu tu adalah dari lagu tema drama ni la haaa...)

Bagi remaja yang suka berangan dengan kisah cinta yang gila-gila,download je kat Youtube. Sekarang,aku nak marathon dulu deh.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Jumaat, 18 November 2011

Ulat Mulong Sedap Ke?



Freaky Friday

Salam,

Wordless Wednesday minggu lepas aku ada postkan gambar sepinggan ulat mulong. Kebetulan mak aku baru sampai dari kampung. So ulat mulong tu masih fresh dan masih terliuk-liuk lagi haaa...Bukan senang nak dapat. Ini pun makcik aku yang bagi (Nor Syamina,ulat ni nenek kamu yang bagi)

Ulat mulong adalah spesis ulat sagu yang tinggal didalam batang pokok sagu. Walaubagaimana pun,kehadiran ulat mulong hanya boleh didapati di dalam tunggul pokok sagu yang telah ditebang 5hari ke atas.

Masa aku post entri Innit pelbagai reaksi dan soalan yang aku terima. Aku pun naik pening nak jawab soalan bertubi-tubi. Hehehehe...

Kebiasaannya ulat mulong menjadi hidangan wajib bagi penduduk Sarawak yang berbangsa Melanau khususnya. Namun ada juga kaum lain yang menikmati sajian eksotik ini.

Ada jugak yang tanya aku halal ke? Ok lah. Sebab mak berasal dari Mukah,akh tumpukan cerita aku kat sekitar daerah tu je ok. Kat Mukah,tak kira korang agama Islam,Kristian,Buddha,ulat mulong ni memang di makan. Lagipun ulat mulong ni tak kotor. Hanya makan batang pokok sagu je. 

Ulat mulong ini,bukan murah harganya. Mengikut pasaran tempatan,harga sekilogram adalah rm40. Sekarang tak ramai yang nak mencari ulat mulong ni. Bagi yang tinggal di kawasan pekan Mukah,mereka memilih untuk membeli di Pasar Tamu saja.

Macam mana nak masak ulat ni? Aku tengok mak dan nenek aku masak rebus atau salai. Ulat mulong ni boleh di makan mentah. Tapi kepala ulat ni kena buang. Boleh tahan jugak lah sakitnya kalau ulat mulong "mencium" bibir kita kalau tak buang kepalanya. Heehehehehe...*wink wink wink*

Apa pulak rasanya? Err..Bagi akulah,rasanya lemak-lemak je kot. Ulat mulong bukan kategori makanan favorite aku. Tapi aku makan seekor dua jugak. Bagi orang Melanau yang mengaku tak pernah makan,tipu lah. Buat apa nak malu mengaku sedangkan itu memang sebahagian daripada budaya kita.

Itulah sebahagian daripada makanan eksotik kaum-kaum bumiputera di Sarawak. Kenali budaya masing-masing barulah kita nampak true colour of Malaysia.

P/s : Selain ulat mulong,ada satu lagi jenis ulat. Yang ini sangat sukar di cari dan harganya cukup mahal. Rupanya seperti ulat beluncas warna hitam. Lain kali aku akan ceritakan ok..Selamat geli-geli tengok gambar ulat tu..hehehehehe.

Im proud Im Sarawakian

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Khamis, 17 November 2011

Withdrawn The Lawsuit : Bieber Tarik Nafas Lega



Salam,

Mariah Yeather,wanita berani yang menuduh Justin Bieber bapa kepada anaknya,Tristan akhirnya menggugurkan kes tersebut.

Yeather yang berasal dari California pernah mengemparkan seluruh peminat Bieber dengan mengaku melakukan seks di belakang pentas. Pada ketika itu, Bieber membuat persembahan di Los Angeles' Staples Center.

Pada 6 Julai tahun ini,Yeather selamat melahirkan bayi yang dinamakan Tristan. Lance Rogers dan Matt Pare juga berhenti dari mewakili Yeather selepas peguam kepada Bieber Howard Weitzman memberi amaran untuk menyaman Yeather dan mana-mana peguam yang mewakilinya.

P/s : Kalau di sogok berjuta-juta dollar,tutuplah mulut. Yeather mesti dah dapat duit...macam-macam.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Rabu, 16 November 2011

Apabila Terlebih Berkasih Sayang



Salam,

Terperanjat juga tengok berita dalam android tadi. Kadar kelahiran anak luar nikah meningkat dengan mendadak! Yang boleh dihitung ni adalah yang berjaya melahirkan secara 'sah' dan kelahiran di daftarkan di Jabatan Pendaftaran. Kalau yang mati pulak?

Sabah mendahului jumlah tertinggi diikuti rapat oleh Selangor,Sarawak,Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mengikut statistik,seramai 152,182 anak luar nikah di daftarkan sejak 2008-2010. Kelahiran adalah berdasarkan seks bebas atau di rogol.

Bagi pendapat aku lah kan. Semua orang yang sedang bercinta ni memang ada naluri untuk menyentuh pasangan masing-masing. Setakat berpegang tangan,pandangan ni dah lali bagi masyarakat kita sekarang. Lumrah manusia mahukan belaian dari insan yang kita sayang. Tetapi sejauh mana sayang pasangan kita bila akhirnya kita mengandung tanpa pernikahan dan akhirnya kita ditinggalkan.

Perkara paling utama yang para remaja kita tak tahu ialah berapa lama sperma mampu bertahan di dalam rahim kita. Tidak mengejutkan kalau remaja memilih ketika 'datang bulan' untuk melakukan seks. Tetapi,kenapa sesetengahnya kantoi? Sperma remaja/dewasa lelaki yang sihat mampu bertahan sehingga haid habis!

Buat pengetahuan remaja lelaki pulak,jangan ingat korang akan terlepas selepas mengerjakan anak orang. Sekiranya korang bawah 17 tahun dan melakukan seks secara paksa atau rela anak orang yang berumur bawah 19,takpe masuk rumah bakti dulu. Relaks dulu kan. Bila masuk sahaja 18 tahun,korang akan dihadapkan di mahkamah dan di jatuhkan hukuman setimpal. Yang paling tak tahan tu kena sebatlah. Ada seorang pakcik kat kampung aku rogol anak sendiri. Bila dah dapat hukuman sebat,sampai sekarang berjalan pun tak betul kesan dari sebatan.

Dia rela. Kenapa aku di persalahkan? Memanglah sebab secara suka atau paksa,melakukan seks dengan gadis bawah umur tetap dikira rogol.

Sejauh mana kita menjaga maruah kita baik yang lelaki atau perempuan,terpulang kat masing-masing.

P/s: Teringat pulak masa sambutan Hari Kemerdekaan haritu kat dataran. Remaja seawal 9 tahun berkeliaran berkumpulan baik lelaki atau perempuan. Dik,mak ayah tak tau ke?

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Wordless Wednesday



VAT 69 Royal Malaysian Police

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Selasa, 15 November 2011

Belum Pun Sebulan Berblogg



Salam,

Entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk berlagak. Sebagai blogger baru,aku sedar perjalanan masih lagi jauh untuk aku terus menulis atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Kebiasaannya,selepas menulis blog,aku akan ke  Nuffnang untuk ping kan blog aku di  Innit. Aku tak pandang mulanya earning button tu sebab aku tau mesti kosong punya. Cuma aku rajin jenguk analitik aku. Aku sangat gembira walaupun hanya ada satu atau dua pengunjung ataupun pelawat unik. Terus terang aku cakap,pelawat blog aku kurang 20 orang sehari.

Apabila cursor aku tersasar ke arah earning,terbeliak biji mata aku tengok amaun. Walaupun belum bersedia untuk di cash out,tapi angka itu cukup besar bagi aku. Terpulang pada korang. Percaya atau tak. Tapi dengan nilai hampir untuk di cash out aku cukup semangat untuk menulis. Aku baru saja berblog kembali pada 23 Oktober 2011. Hari ni pulak baru 15 November 2011. Iklan yang sudi melekat pada blogg ini ialah Nescafe Chill.

Selama ni,aku ghairah cari traffik,cari follower. Siapa yang sanggup baca perkataan yang terlalu formal dan panjang berjela? Tetapi aku cukup berterima kasih kepada follower aku. Kita tak boleh paksa orang sukakan kita. Kalau orang lain paksa korang,korang nak ke?

Berikut adalah tips mudah untuk mendapat BE dari  Nuffnang :

- Gunakan ayat penuh ketika menulis blog. Perkara ini yang pertama pihak pengiklan akan tengok. Bak kata seorang blogger otai yang berjaya,mata pengiklan adalah tajam seperti helang. Mereka sangat cerewet!

-Join komuniti dalam  Innit.

-Jaga tutur bahasa. Pengiklan tak suka kita mengutuk atau menghentam para blogger lain. Let it be.

-Ceritakan tentang apa saja. Jadilah diri sendiri.

-Gunakan kreativiti sendiri mencari traffik. Jangan gelojoh membina follower atau traffik mendadak. Ini boleh di kategorikan sebagai SPAM oleh Google dan akan membawa masalah kepada blogg kita sendiri.

-Mengenai jumlah traffik atau pelawat unik,itu aku tak tau. Sebab pelawat aku dalam sehari cuma bawah 20 dan untung kalau ada pelawat unik.


Akhir sekali,menulis blog ni,samalah seperti kita menjadi ikon untuk blog kita sendiri. Apa yang kita tulis,itulah yang mengambarkan diri kita sebenar.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Sentimental Value Terpaksa Dijual



Salam,

Hari tu masa aku balik kampung,aku nampak longgokan buku kat luar rumah. Mulanya aku tak ambik kisah sangat sebab kat rumah aku ada beratus-ratus buku dan majalah lama.

Bila aku masuk je dalam bilik dan buka almari buku,aku terperanjat sebab almari tempat aku simpan buku dah patah bahagian pembahagi dan bahagian bawah sekali pun kayunya patah akibat tidak mampu menanggung beban yang berat.

Sepantas kilat aku berlari keluar. Aku macam tak percaya komik kegemaran aku,ayah dah siap ikat dengan kemas. Hanya separuh je yang berjaya aku jumpa. Aku geledah semua tempat untuk mencari sejumlah lagi buku aku. Gagal!

Aku tanya kat mak mana buku komik kesayangan aku. Mak kata ayah terpaksa jual sebab dalam rumah dah terlampau banyak buku. Semak katanya. Huhuhuhuhu...

Kami sekeluarga memang minat membaca. Ayah dan mak gemar beli bahan bacaan tak kira apa jenis pun. Ayah suka baca buku misteri macam Mastika,Infiniti dan Variasari. Mak pulak suka baca novel berbahasa inggeris,Majalah Wanita. Abang aku pulak pengumpul tegar Majalah Kreko,Pedang Setiawan,Pendekar Parang dan komik seumpamanya. Aku kumpul komik Shin Chan, Doraemon (dulu digelar Tora Aman), Conan, Penyiasat Remaja, Mutiara Naga, Majalah Gempak, Majalah Uthopia,Great Teacher Onizuka(GTO) dan banyak lagi. Sekarang aku tengok adik bongsu aku juga mengumpul bahan bacaan kegemarannya sendiri.

Kualiti kertas komik dulu jauh beza dari zaman sekarang. Dulu guna kertas berkualiti dan tak mudah koyak. Beza dengan komik sekarang. Guna kertas yang dikitar semula.

Walaubagaimana pun,aku relakan jugak buku aku kena jual. Semua komik tu aku mula kumpul sejak aku berumur 6 tahun iaitu pada tahun 1990.

P/s: Kalau bukan kita yang mendidik anak-anak menjadi ulat buku siapa lagi?

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Isnin, 14 November 2011

Nestle : KitKat Limited Edition



MONDAY BLUES

Salam,

Semalam,aku pergi shopp kat Carrefour Kepong. Tengah shopp tu,aku terpandang pulak Dato M Nasir sedang menikmati coklat Kit Kat. Nampak macam menghayati je makan coklat tu. Aku pun terliur je tengok. Aku cuba merapati kot-kot dapatlah bergambar atau signature free hehehehe....

Sebenarnya,itu semua adalah gimik untuk mempromosikan coklat kegemaran ramai,Kit Kat. Banner sebesar-besarnya Dato M Nasir sedang menikmati coklat Kit Kat menarik perhatian pengunjung pasaraya berkenaan untuk mendekati dan seterusnya membeli pek terhad coklat Kit Kat.

Dengan menggunakan resipi antarabangsa,wafer dalam coklat susu Kit Kat,memberikan 90 kcal tenaga di dalam setiap sajian 17g untuk memulakan hari yang ceria. Boleh la buat kunyah-kunyah bila terasa bosan kat pejabat atau kat memana. Betul tak?

Aku pun amik satu semalam. Aku tengok kotak je aku dah jatuh cinta. Antara sebab aku berkenan kat Kit Kat limited edition ni ialah percuma M Nasir Fridge Magnet Photo Frame berbentuk macam gitar.

Mulanya aku ingatkan kotak je besar tapi isi sikit. Tapi produk ni betul-betul buat aku puashati. Isinya banyak! Wah,puaslah aku berehat sebentar bersama Kit Kat. Dan yang lebih buat aku terperanjat ialah harganya murah giler kentang. Hanya 8.60 sekotak! Memang berbaloi. Selamat Monday Blues semua. Have a break, have a Kit Kat.™

P/s: Teringat kat iklan Kit Kat. Scan barang guna gigi...hehehehe

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Sabtu, 12 November 2011

Hantu Cina Lompat



SATURDAY NIGHT FEVER

Salam,

Hari ni aku tak buat apa pun. Duduk kat rumah je sebab hujan sepanjang hari. Disebabkan bosan,aku geledah DVD dan terjumpa cerita hantu cina. Antara cerita yang menarik perhatian aku ialah,The Chinese Ghost Story,The Dead and The Deadly dan yang paling aku suka The Chinese Vampire.

Dulu,sebelum cerita seram diharamkan penayangannya di Malaysia,cerita hantu cina lompat la yang paling ditunggu-tunggu setiap minggu. Kalau tak silap aku,tv2 RTM selalu menayangkan cerita hantu lompat ni.

Biasanya,kami budak-budak selalu terpengaruh dengan cerita seram ni. Yelah,cerita hantu cina kan lompat-lompat dan hanya akan berhenti bila kertas kuning di tampal kat atas dahi. Kami pun mula la nak berlakon. Yang seorang jadi hantu,yang seorang lagi akan menjadi Taoist. Kertas yang digunakan untuk tampal kat dahi pula kami tulis ntah pape hehehehehe....mak mesti bising sebab dalam rumah akan bersepah dengan kertas. Lepas main tak kemas punya kes..

Namun apa yang cikgu aku berbangsa cina cakap,mayat yang melompat memang dipraktikkan di negara China pada zaman dahulu. Semua itu bertujuan untuk menghantar mayat tentera yang terkorban ketika peperangan, pulang ke kampung halaman. Logik gak tu. Zaman dulu mana ada van jenazah lagi.Tentang hisap darah manusia tu cuma perasa nak menyedapkan lagi cerita.

Dah empat cerita aku tengok. Sekarang pun masih tengok. Teringat zaman kecik-kecik dulu,hantu cina lompat la yang paling ditakuti sebab masa tu cerita tu jer yang famous.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Rabu, 9 November 2011

Its a .....



WORDLESS WEDNESDAY

Salam,

Believe it or not, I ate this things. Wait till my next entry, I will tell you what is this ugly creatures.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Isnin, 7 November 2011

AirAsia-World Class Airbus



MONDAY BLUES

Salam,

Selamat bercuti umum semua. Hari ini aku balik kampung! Balik Sarawak tanah airku...naik belon. Teruja sangat sebab aku dah lama tak balik jumpa mak bapak kat kampung.

Selama enam tahun aku di perantauan,aku selalu balik menggunakan AirAsia.Sejak pertama kali keluar dari Sarawak nak ke semenanjung.

Boleh dikatakan akulah pelanggan setia AirAsia. Syarikat penerbangan ini tidak pernah mengecewakan aku dari segi layanan mesra.

AirAsia semakin dikenali di seluruh dunia kerana pencapaiannya yang cemerlang. Terima kasih AirAsia kerana membawa aku selamat sampai ke destinasi.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Seni Alih Suara : Skrip Polisher



Sundae Sunday

Salam,

Seperti yang aku janjikan,entri kali ini aku ceritakan tentang sub dunia alih suara.

Ramai di antara kita teruja mahu menjadi Voice Of Actor (VOA) atau pelakon suara latar. Tetapi mengikut pengalaman aku sendiri,pelakon suara latar yang ada di Malaysia,kebanyakkannya bermula dari penterjemah skrip ataupun polisher. Hanya segelintir sahaja yang diuji bakat untuk mencari kesesuaian suara kepada watak animasi yang akan dibawa.

Apa itu Polisher? Polisher ni tugasnya untuk menyesuaikan skrip mengikut gerak bibir watak kartun,animasi,drama ataupun filem. Selepas mendapat skrip yang sudah diterjemahkan,kerja-kerja polishing pun dijalankan. Namun begitu kerja-kerja polishing akan menjadi lebih kemas jika terjemah dan polishing dibuat serentak.

Kerja-kerja polisher hanya boleh dilakukan di studio sahaja. Ini adalah kerana sebarang video atau audio yang belum dipertontonkan kepada orang ramai dikategorikan sebagai sulit dan hak milik persendirian/syarikat. Namun berlainan dengan penterjemah skrip dimana kerja-kerja penterjemahan boleh dilakukan dirumah dan apabila sudah siap,skrip tadi boleh dihantar sendiri ataupun melalui email.

Nasihat aku,bermulalah daripada bawah. Tidak semua kita dikurniakan bakat semulajadi. Sekiranya kita bermula dari skrip polisher atau penterjemah,kita akan belajar cara-cara menjadi pelakon alih suara yang baik. Kita akan belajar menuturkan lenggok bahasa dengan betul.

Sewaktu aku melibatkan diri dalam bidang seni alih suara dahulu,aku tidak pernah terfikir pun rumitnya dunia di belakang tabir. Aku cuma tahu pelakon alih suara cepat menjadi popular contohnya kartun Upin dan Ipin.

Sekiranya gagal pada ujibakat alih suara yang dijalankan,cubalah minta menjadi penterjemah skrip atau polisher. Dunia alih suara di Malaysia sentiasa dahagakan penterjemah yang mahir dan fasih pelbagai bahasa. Tips untuk menjadi pelakon alih suara,senang saja. Syarikat rakaman selalunya akan memilih si penterjemah atau si polisher skrip. Kenapa? Jawapan sangat mudah,semua orang perlu melalui proses 'bermula dari bawah'. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.

Sekian untuk entri kali ini. Aku akan sambung tentang seni alih suara di entri lain.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Sabtu, 5 November 2011

Dia Baru Saja Berumur 17 Tahun Tapi..



SATURDAY NIGHT FEVER

Salam,

Setiap blogger yang baru pasti akan mencari idola blogger mereka bagi sumber rujukan ataupun inspirasi mereka. Tidak ketinggalan aku juga berbuat begitu.

Dia adalah blogger yang ketiga aku bookmark kan dalam android aku agar aku sentiasa mengikuti perkembangannya. Sebelum itu,aku bookmark kan dua orang blogger yang aku jadikan sebagai inspirasi untuk berjaya berblog.

Si dia baru sahaja berumur 17 tahun. Namun popularitinya menyamai blogger yang bertapak bertahun-tahun. Malah dia baru sahaja berblog selama setengah tahun. Namanya mula meniti dari satu blog ke blog yang lain kerana pageviewnya mencecah jutaan setiap bulan.

Istimewanya si dia ini kerana kebijaksanaan menarik traffik untuk membaca blognya. Apa ertinya sesuatu blog sekiranya bukan untuk dibaca. Apa yang buat aku cukup sanjung dengan si dia ialah bahasa yang diguna pakai di dalam blognya. Bahasa Melayu tulen dan tidak terjejas langsung ayatnya. Namun begitu dia berjaya menarik perhatian semua! Dulu aku hampir putus asa kerana orang tak minat baca blog aku sebab bahasa terlalu formal dan kadang-kadang aku selitkan bahasa inggeris. Tapi sejak aku mengikut blog si dia,aku sedar aku harus menjadi diri sendiri. Tak perlu ikut cara orang lain. Jadilah diri sendiri kerana lambat laun kalau kita cuba jadi orang lain akhirnya blog sendiri kehilangan identiti. Si dia berjaya membuat aku membuka mata seluas-luasnya. Berikut senarai blog yang aku dah kategorikan

Blog Paling Santai

 Santai Bersama Ben

Blog Kegemaran

  Great Teacher Onizuka

Blog Rujukan

  Si Dia Yang Berumur 17 Tahun

Blog Harus Baca

Semua follower blog aku

Aku ucapkan terima kasih kepada follower kerana sudi follow blog aku yang tak seberapa ni. Aku pun follow blog korang semua dan belajar banyak tips menarik dari blog korang. 

Ikutlah Resmi Padi,Semakin Tunduk Semakin Berisi.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Jumaat, 4 November 2011

Umai,Sushi Ikan Terbaik!



Salam,

Cuti-cuti Malaysia ni,aku tetiba mengidam nak makan umai pulak. Apa itu umai? Ada ke kat kelumpo atau kat Malaya ni?aku sendiri tak pasti apa orang semenanjung gelar. Aku tak jumpa lagi makanan ni kat semenanjung. Kerabu ikan kot...hahahaha

Umai adalah makanan tradisional suku kaum Melanau di Sarawak. Ianya ikan mentah yang dihiris nipis kemudian digaul bersama hirisan bawang dan cili. Kemudian di campurkan bersama air limau nipis. Tujuan ikan mentah di campur dengan air limau adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan disamping ikan itu akan 'masak' dengan sendiri akibat dari tindak balas asid citric limau.

Umai ni memang sedap. Nak lagi kalo ada 'Ambuyat@Linut' (lain kali aku tulis pasal entri ni). Mula-mula dulu,'owang umah' aku rasa was-was nak makan. Almaklumlah ikan mentah dan dia takut sakit perut. Lagi pulak dia owang Malaya...hahahaaha...memang dia cakap aku ni suka makan yang ngak-ngak [bukan-bukan]. Tapi bila dia mula makan,hah sampai sekarang umai ni lah jadi peberet dia...hahahaha...

Owang yang tak biasa dan tak pernah makan memang akan rasa geli. Ikan mentah???? Yarrkkk...What The Fish (WTF). Tapi makan sushi kat Japanese Restaurant tu tak plak geli. Sama jugak. Ikan mentah.

Maybe pasal kat kedai nampak menarik. Kalo nampak menarik,tentu semua sedap..hahahaha... oklah.Lain kali aku citer pasal ulat mulong atau ulat sagu ye.

Im proud Im Sarawakian

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Freaky Friday: Playboy First,Jail Second



Inside Playboy Magazine : Lindsay Lohan just wearing lingerie not nude.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Khamis, 3 November 2011

Sindrom Alice In Wonderland



Salam,

Sindrom Alice In Wonderland atau mikropsia adalah keadaan kegagalan saraf yang mempengaruhi pandangan penglihatan pada manusia.

Pesakit sindrom ini akan merasa melihat objek atau manusia di sekeliling menjadi lebih kecil contohnya seperti bahagian tubuh manusia, haiwan ataupun objek yang kaku. Secara umum, objek yang dilihat muncul sangat jauh atau sangat dekat pada waktu bersamaan. Misalnya, seorang penderita melihat gajah menjadi sekecil kucing.

Tanda ini disebut juga Penglihatan Lilliput atau Halusinasi Lilliput, yang istilahnya diambil dari orang kerdil  pada Gulliver's Travels oleh Jonathan Swift. Tanda-tanda ini hanya berpengaruh pada penglihatan sahaja, tidak pada mekanikal mata. Penglihatan dipengaruhi oleh prestasi dalaman otak terhadap informasi yang terdapat dari mata. Sindrom ini berhubungan dengan sakit kepala migrain.

Sindrom Alice In Wonderland ini merupakan gejala utama dari mononukleosis atau dapat menyebabkan kesakitan di bahagian saraf yang kompleks.

Nama sindrom ini diambil dari kisah Alice In Wonderland, karya Lewis Carroll. Dalam kisah itu, Alice mengalami situasi yang menyerupai mikropsia dan makropsia. Sindrom ini juga dikenali sebagai Sindrom Todd iaitu pakar psikologi yang menyelidik sindrom ini. Todd juga adalah pencipta istilah Sindrom Othello.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Rabu, 2 November 2011

Justin Bieber a daddy? Fan claims he is the father of baby Tristan



Salam,

Most sensation artist, Justin Bieber is now facing the charges of having a child with his fan. Fan from California swore that the three-month-old baby belongs to Bieber. Maria Yeater claims she had sex with the pop sensation a year ago.

Maria told a California court that Bieber propositioned her on October 25 of last year, when she was 19. Both had a sexual tryst after his concert and backstage.

An affidavit is requesting the court to compel, to force Justin Bieber to undergo a DNA test to prove, indeed, that he is the father of baby Tristan.

The charges could seriously damage Bieber's squeaky-clean image --he has openly criticized casual sex, and would have been just 16 at the time of the alleged encounter at the same time could seriouly damage the relationship between him and Selena Gomez.

Bieber may be the youngest pop star to face such accusations,. He has sold millions of albums and attracted a following of  young fans after his talent discovered on YouTube.

A court hearing is set for December. 4



Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Wordless Wednesday



Warisan Darah Perwira, VAT 69

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Selasa, 1 November 2011

Othello Syndrome-Green Eye Monster



Salam,

Setiap hari kita pasti di sajikan dengan pelbagai berita ngeri tentang pembunuhan pasangan. Tidak kira sama ada yang berkahwin ataupun belum.

“O, beware, my lord of jealousy; / It is the green-ey’d monster which doth mock / The meat it feeds on.” (Act III, Scene 3).-Drama Othello

Othello di sini merujuk pada salah satu karakter dalam drama tragedi karya William Shakespeare.

Dalam drama tersebut, Othello membunuh isterinya, Desdemona, kerana memiliki kepercayaan yang salah -false belief-bahawa isterinya tidak setia terhadap dirinya. Setelah membunuh isterinya, dia melakukan tindakan membunuh diri. Pada dasarnya, ini merupakan kisah yang sangat tragis. Shakespeare menamakan drama ini dengan judul “Othello, the Moor of Venice“. Menurut Wikipedia, drama ini ditulis pada sekitar tahun 1603 dan dibuat berdasarkan cerita pendek asal Italia yang berjudul “Un Capitano Moro” (“A Moorish Captain”), karya Cinthio, murid Boccaccio, yang diterbitkan tahun 1565. Kisah ini memiliki empat karakter utama: Othello; isterinya Desdemona; Letnannya, Cassio; dan Iago.

John Todd (1914-1987) adalah seorang psikiatri yang pertama kali memberikan istilah Othello Syndrome ini. Dia menulis sebuah tesis bersama dengan K. Dewhurst dengan judul “The Othello Syndrome: a study in the psychopathology of sexual jealousy” (Journal of Nervous and Mental Disorder, 1955, 122: 367)”. 

Othello syndrome is a rare psychiatric condition marked by morbid, pathological, or delusional jealousy (Miller et al., 2010)

Definisi Othello syndrome, selain yang sudah ditulis di atas, adalah suatu delusi yang dialami oleh seseorang bahwa pasangannya tidak setia dan melakukan kecurangan.  Karektornya ialah:

Berkali-kali menuduh pasangannya curang

Berusaha untuk mencari-cari bukti kecurangan

“Menguji” kesetiaan pasangan

Mengintip pasangan

Sama dengan kisah Othello dalam drama Shakespeare, sindrom ini boleh menjadi sangat bahaya dan membuat hubungan terganggu, bahkan berakhir pada pembunuhan dan bunuh diri. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Jika anda sedang mengalami cemburu, berhentilah bertindak dan berfikir sebentar: apakah anda sedang mengalami sejenis Othello Syndrome? Hubungan percintaan adalah hubungan yang sifatnya dua arah, jika kecemburuan yang anda alami hanyalah cemburu buta yang tidak menentu, maka pasangan anda juga akan memberikan respon yang tidak baik. Malah si dia akan semakin menjauh dan bagaimana jika dia bertindak untuk berpaling dari anda?

Renung-renungkan lah ye

Quote of the day:: Kalo bagi aku lah kan,kalo dah curang,sape tak angin.semua owang akan bertukar jadi Hulk.yelah,Green Eyes Monster tu bertukar jadi Hulk la...hahahahaha

Location :
Posted via Public phone bawah apartment aku.

Kim Kardashian: 'Sometimes things don't work out as planned'

Selepas 72 hari berkahwin,hari ini selebriti Hollywood, Kim Kardashian memfailkan penceraian kepada pasangannya,Kris Humphries. Kim,30 berkata,dia sudah membuat keputusan muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaannya. Walau bagaimana pun,Kris berkata dia sangat mencintai Kim dan masih mengharapkan hubungan mereka pulih seperti biasa.





Menurut Kim,dia sedang mempertimbangkan tentang pembahagian harta termasuklah cincin perkahwinannya yang bernilai USD2 Juta , 20.5-carat berlian, yang direka oleh Lorraine Schwartz.

Pihak E! mengesahkan mereka akan tetap meneruskan rancangan realiti tv yang menyiarkan kehidupan perkahwinan Kim kerana sudah terikat dengan kontrak. The show must go on!
Published with Blogger-droid v2.0