Sabtu, 18 Februari 2012

Ambil Sedikit Masa Untuk...



Salam,

Kekadang kita perlu amik masa seminit dua untuk bertafakur. Bukan untuk meminta,sekali sekala cubalah untuk bersyukur pula atas segala nikmat yang telah diberi oleh-Nya....Allah pasti happy!

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Khamis, 16 Februari 2012

Saya Menang Motor!



Salam,

Tu dia tajuk..memang tak boleh blah..ekekeke...sebenarnya aku tak menang apa-apa pun. Cuma menang sekeping kertas yang bertulis aku akan memenangi Rm225,000. Banyakkan nilai tu? Huiii...aku dah berkira-kira nak beli itu ini dan nak bagi kat mak bapak aku duit.

TAPI! ada tapinya...aku tak percaya semua tu..aku dah surf tenet sebelum terpedaya dengan janji manis syarikat yang aku dengar hampir bankrupt. Semua komen negetif dan cuma ada satu je positif. Itu pun dia kena pulangkan balik Rm30k..dia menang Rm100k. Dapatlah balance Rm70k.

Selagi aku tak dapat cheque,aku takkan mudah nak tertipu. Wahai READER DIGEST,dulu kamulah majalah paling top. Tapi kini kamulah scambag. Nak suruh aku melanggan buku ni selama setahun baru dapat duit sebanyak tu. Kenapa tak bagi percuma terus?

Baik kita join giveaway dari forum,Facebook atau blogger kita. Aku sendiri menang hampir rm100 dengan menjawab soalan mudah di  PAPA ALISYA .

Nanti aku cerita lagi bila datangnya surat kedua dari Reader Digest ni. Jangan mudah gelap mata. Sebab kalau setakat bagi kunci kereta BMW tapi keretanya ngak ada,baik simpan niat tu. Jangan menyesal kemudian hari. Siasat dulu sebelum buat keputusan. Chill ya!

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Rabu, 15 Februari 2012

Ranne Pat Artis OCHSP



Salam,

Kemunculan penyanyi tempatan di Sarawak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Masing-masing bersaing untuk mendapat tempat di hati peminat musik tempatan. Tiada bezanya dengan penyanyi lain. Cuma berbeza dari genre musik yang di bawa dan sudah tentunya bahasa.

Antara penyanyi yang semakin popular di Bumi Kenyalang ialah,Ranne Pat. Sebenarnya aku pernah sekelas dengan Ranne selama tiga tahun berturut-turut sebelum aku berpindah ke sekolah teknik.

Memang dari sekolah dulu,Ranne aktif dengan pelbagai jenis aktiviti. Terutamanya dalam bidang sukan dan juga bintang nyanyian peringkat sekolah. Tidak di nafikan,Ranne yang sudah pun berumah tangga bersama Aaron Donald mempunyai kelompok peminat sejak dari bangku sekolah lagi.Bernaung di bawah OCHSP Music Video®,kemunculan Ranne Pat semakin di minati ramai.

Rasanya tak salah aku nak promosikan penyanyi tempatan kepada semua. Siapa lagi yang akan memajukan bangsa sendiri kalau bukan kita sendiri.

Dapatkan VCD yang original dan kepada peminat lagu tempatan Sabah Dan Sarawak boleh lah mendapatkan VCD Ranne Pat di kedai menjual cakera padat di Kota Raya,Kuala Lumpur iaitu satu-satunya kedai kat Kelumpo ni yang jual Vcd lagu Sabah Sarawak.

Ranne Pat & Ochsp Musicvideo di laman Facebook.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Wordless Wednesday



Salam,

Dah mid day of the week...tak sabar nak tunggu hari jumaat,sabtu dan ahad....

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Selasa, 14 Februari 2012

A Bunch Of Roses For My Valentine



Salam,

Hari ni aku nak cerita sikit tentang perihal Valentine..maybe akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Sebelum tu,aku minta maaf banyak-banyak. Aku cuma share cerita ni melalui pandangan peribadi aku.

Setiap kali Valentine,pasti orang akan mengaitkan hari di mana semua umat Kristian yang menyambutnya. Terbayang di kepala,cuma agama ini saja yang sesuai menyambut Valentine.

Tapi sebelum tu,aku nak cerita dulu. Sebagai seorang mualaf,of cause aku pernah baca Bible,sembahyang di church dan menyambut Hari Natal. Seumur hidup aku,aku tak pernah jumpa lagi tentang Valentine pun dalam isi kandungan Al-Kitab. Tak pernah lagi umat Kristian akan pergi ke gereja untuk merayakan hari di mana kisah St Valentine membunuh diri demi kekasih yang tidak kesampaian. Ya,mungkin si Valentine itu beragama Kristian. Untuk pengetahuan,membunuh diri termasuk di dalam 10 dosa besar bagi agama Kristian. Sebab itulah tiada sambutan bagi meraikan si bodoh yang mati bunuh diri.

Ada juga sejarah mengatakan,bahawa Valentine Day adalah hari Perang Salib di mana umat Kristian berperang dengan umat Islam. Allahualam,aku mengaku aku buta sejarah tentang itu.

Apabila tibanya hari ini,timbul kebencian di antara kedua-dua agama. Malah saling bermusuhan kerana berbeza pendapat. Lihat sahaja Facebook,Kristian dan Islam berperang dingin selama satu hari.

Pihak yang untung adalah pihak yang suka melihat orang lain bertelagah. Apabila dua-dua agama ini saling bermusuhan akibat fitnah,maka senang pula pihak luar interfare dan memerangi kedua-dua agama ini sehabis-habisan.

Aku pernah menjadi sebahagian daripada orang Kristian. Tapi kini,aku menjadi seorang muslimah bukan kerana perkahwinan tetapi aku lebih ke arah Islam agama yang benar kerana sebelum itu lagi aku sudah memeluk agama Islam. Kasih sayang sebenar bukan hanya pada hari ini,tetapi untuk esok,lusa dan sampai bila-bila.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Ahad, 12 Februari 2012

Air Asia Ada Pengangkutan Baru?



Salam,

Tajuk kemain lagi...padahal bila tengok pic,adehhh...bila kala pulak Air Asia bina bot ni. Kalau naik benda alah ni pergi ke tempat yang jauh-jauh,tunggu dua kali raya puasa baru sampai destinasi hehehehe..

Sebenarnya picture ni aku ambil sendiri. Aku terjumpa bot Air Asia ni 'terdampar' kat bengkel kereta milik kawan bapak aku masa kita orang berkunjung ke Mukah,Sarawak last year.

Mati-mati aku ingat bot ni hak milik Tony Fernandes hehehehe...jangan marah. Sesaja bergurau..wink wink

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Rabu, 8 Februari 2012

Dulu Dipijak,Sekarang Diburu



Salam,

Haa...dulu aku buang je satu sen ni...sekarang pantang nampak. Laju je aku kutip..hehehehe

WORDLESS WEDNESDAY

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Rabu, 1 Februari 2012

The Pieces Dont Fit Anymore



Salam,

Setia mana kita pada pasangan,seteguh mana pun cinta kita,sekiranya dia bukan tertulis untuk kita,maka jawapannya ialah perpisahan~Subhanallah sesungguhnya kita tidak mampu untuk menolak takdir yang ditentukan oleh Allah.

::WORDLESS WEDNESDAY::

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Selasa, 31 Januari 2012

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com



Salam,

Lamanya tak update entri blog ni..biasalah awal tahun. Kursus sana sini,meeting sana sini. Itu belum lagi outstation sana dan sini juga erkkk...Dah bersawang pun blog ni haa...

Kebetulan Blogger Eriqazz ada menjemput aku untuk menyertai giveaway duit baru keluaran Bank Negara Malaysia. Dah tentu aku tak mahu ketinggalan untuk menyertai giveaway yang bagi aku menawarkan hadiah yang mempunyai nilai tersendiri terutama kepada collector numismatik macam aku.

Sebelum ini,aku ada menang beberapa contest dan giveaway dari blogger Eyriqazz. Salah satu daripadanya ialah Coca Cola Heritage Limited Edition. Menariknya tidak lama selepas aku mendapat hadiah itu-sebenarnya aku ke pejabat Nuffnang untuk collect hadiah,awesome!-ada seorang collector Coca Cola menghubungi aku dan berminat untuk membelinya. Akhirnya hadiah Coca Cola itu juga bertukar tangan. Ramai pihak rasa gembira dan aku bersyukur selepas hadiah pertama yang aku dapat,menyusul juga yang lain. Alhamdulillah..rezeki tak pernah putus apabila kita mengembirakan orang lain.

Di dalam blog aku juga,aku pernah menceritakan tentang duit yang paling laku di pasaran numismatik sekarang. Entri ini aku rasakan entri terbaik aku kerana aku ada menceritakan serba sedikit tentang kenapa duit sepuluh sen tahun 1971 sangat bernilai Sepuluh sen 1971 .

Ciri-ciri wang kertas yang bakal menjadi buruan adalah dari segi no sirinya. Jadi,kalau ada pemenang nanti,simpan duit kertas tu ok. Mana tau suatu hari nanti,harganya jauh lebih berharga dari sekarang. Insyaallah.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage