Memaparkan catatan dengan label Hollywood Attack. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hollywood Attack. Papar semua catatan

Khamis, 17 November 2011

Withdrawn The Lawsuit : Bieber Tarik Nafas Lega



Salam,

Mariah Yeather,wanita berani yang menuduh Justin Bieber bapa kepada anaknya,Tristan akhirnya menggugurkan kes tersebut.

Yeather yang berasal dari California pernah mengemparkan seluruh peminat Bieber dengan mengaku melakukan seks di belakang pentas. Pada ketika itu, Bieber membuat persembahan di Los Angeles' Staples Center.

Pada 6 Julai tahun ini,Yeather selamat melahirkan bayi yang dinamakan Tristan. Lance Rogers dan Matt Pare juga berhenti dari mewakili Yeather selepas peguam kepada Bieber Howard Weitzman memberi amaran untuk menyaman Yeather dan mana-mana peguam yang mewakilinya.

P/s : Kalau di sogok berjuta-juta dollar,tutuplah mulut. Yeather mesti dah dapat duit...macam-macam.

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

Ahad, 30 Oktober 2011

The Twilight Saga: Breaking Dawn-Dua Puntianak Mengaku Berkahwin



Salam,

Selepas filem Harry Potter,filem Twilight adalah filem kedua yang menjadi kegilaan dunia.Di ceduk dari novel Stephanie Meyer yang mengisahkan puntianak berkawan dengan manusia biasa. Bagi mereka yang mengikuti filem ini dari mula,tentu mereka kenal dengan puntianak  yang berkilat macam diamond kalo terkena pancaran matahari atau manusia yang boleh bertukar menjadi serigala.

Alkisahnya,heroin dalam cerita ini Bella Swan-lakonan Kristen Stewart,dan puntianak Edward -lakonan Robert Pattison telah di kahwinkan di hadapan paderi yang sebenar di dalam filem ini.Pattison mengakui bahawa dari segi agama mereka sudah menjadi suami isteri namun dari segi undang-undang,belum lagi daaa.....filem saja..Bikin gempak jer statement si puntianak ni bila ditemuramah oleh media kat Stockholm,Sweden.

Namun begitu,filem ni pasti meletup-letup pasni sebab,ADA ADENGAN RANJANG...haaaa...agak modal dah tak ada nak tarik peminat kot...confirm penuh panggung wayang bila dua pelakon ni buat aksi malam pertama.

Quote of the day: Kalo sudah jodoh pasti tak kemana. Tapi nak kawin dengan vampire,walau hensem macam mana pun, aku pikir banyak kali dulu...





Posted via Blogaway