Aku dah terkena penyakit tu!!!!lebih teruk dari aku gilakan update status kat Facebook ataupun Twitter. Kat dalam blogg aku boleh tulis panjang-panjang then share kat pesbuk.huiihhh terkena blogger shock aku nih!!!
Memang dah setahun aku berblogg dengan menggunakan blogg lain.Tapi sebab masa tu aku tengah buat tesis,niat berblogg terbantut..sume pun aku offline buat sementara...
Sesambil berblogg ni,aku cuba untuk bloggwalking---dan banyak lagi istilah blog yang terpaksa aku catchup.wah!!!aku tak sangka banyak sangat blogg peribadi yang menarik bila diteroka.dan banyak juga blogg-blogg remaja sangat menarik dan aku pulak terlopong sebab selama ni aku cuma menggunakan backgroud biasa.ada yang bling bling wink wink dan banyak lagilah...tapi melalui bloggwalking juga aku mula kenal nak taruk widget kat sidebar supaya nampak penuh hehehehe...dan perkara pertama yang aku tengok kat blogg seseorang itu ialah rekabentuk.kalau menarik,barulah aku beralih kat entrinya pula.
Mungkin kerana faktor usia,aku lebih gemar membaca blogg jenis peribadi.parenting blogg,travelling blog...aku cuma akan tinggalkan jejak bila aku tengok blogg yang mempunyai entri yang menarik untuk dibaca.apa yang blogger tu buat hari-hari....teruja nak baca...
Mengenai pemasangan Nuffnang pula,aku mengambil masa hingga enam jam tanpa berganjak dari depan pc hanya untuk tampal kod!!!agak sukar bagi aku yang baru nak mengenali dunia IT era baru sedangkan aku lah pro dalam bidang ni sejak 1999.lebih mudah untuk operate AutoCAD daripada edit html...huhuhuhuhu...tapi tak apalah...nanti aku cuba berjogging dan singgah kat blogg yang bukak tutorial untuk newbiez.hehehehe....
Quote of the day : Kalau Tak Di Pecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tiada ulasan:
Catat Ulasan