Isnin, 31 Oktober 2011

Suck Seed or Succed?

Salam,

Its Monday you all...malasnya betul tak...Selepas terkena blogingitis,aku kerap blogwalking tanpa memperdulikan kasut kat rak yang jerit2 panggil tuannya suh jogging di alam nyata..hahahaha...

Entri aku hari ini,pun berkenaan dengan blogwalking. Bermacam kerenah blog aku jumpa..aku tak buka yang blog famous ye kecuali Ben dan GTO...Rata2 semua menceritakan pasal peribadi masing2.cuma sedikit sahaja yang jenis menjaga tepi kain owang..



Tidak seperti tahun2 sebelum ni,blogger yang ada kat Malaysia ni tumbuh macam cendawan selepas hujan.Kebanyakannya remaja dan aku andaikan sebab zaman sekarang setiap satu rumah ada lappy masing2.

Aku singgah ke satu satu blog...merayau tanpa hala tuju.Aku ada bookmark beberapa blog yang menarik walaupun aku tak follow diaowang ni.Coz aku pembaca senyap atau silent reader..Sebelum tu tima kasih coz ada yang sudi singgah tinggalkan link..aku view page korang banyak kali dan follow. :D

Jarang sekali aku jumpa blogger seusia dengan aku..parenting blogg tak ramai aku rasa.Tak ramai yang mahu tayang gambar anak bini mahupun citer pasal kuarga mereka.Mungkin bersifat terlalu peribadi bagi mereka.tapi bila aku survey,kebanyakan pembaca sebenarnya suka kalo ada blog yang menceritakan blog kemana,masak apa dan kepelbagaian aktiviti..sebabnya cuma satu.Mencari benda baru dan kelainan agar boleh menjadi ikutan..Aku pun belek follower aku satu persatu...aku kagum kerana mereka lebih muda dari aku dan sudah pandai membuat blog yang cantik dan kreatif.malah ada yang membuat tutorial tentang blog atas pengalaman mereka meng operate blog mereka.mereka boleh pergi jauh lagi suatu hari nanti.

Pendek kata,blog ni macam buku masing2.kalo kemas,cantik n bersih sume orang nak baca n belek.kalo sebaliknya,easy come easy go n takkan singgah lagi akan datang...

Aku sendiri masih lagi mencari identiti aku sendiri bila berblog ni.Aku tanya balik niat aku.Misi aku bukak blog.Selagi hayat dikandung badan,rasanya akan terus berblog dengan apa saja yang aku nampak,dengar dan lalui..Berjaya atau tidak aku mengekalkan blog ni,hanya masa dan keadaan yang akan menentukan.

Published with Blogger-droid v2.0

Tiada ulasan: