Selasa, 14 Februari 2012

A Bunch Of Roses For My Valentine



Salam,

Hari ni aku nak cerita sikit tentang perihal Valentine..maybe akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Sebelum tu,aku minta maaf banyak-banyak. Aku cuma share cerita ni melalui pandangan peribadi aku.

Setiap kali Valentine,pasti orang akan mengaitkan hari di mana semua umat Kristian yang menyambutnya. Terbayang di kepala,cuma agama ini saja yang sesuai menyambut Valentine.

Tapi sebelum tu,aku nak cerita dulu. Sebagai seorang mualaf,of cause aku pernah baca Bible,sembahyang di church dan menyambut Hari Natal. Seumur hidup aku,aku tak pernah jumpa lagi tentang Valentine pun dalam isi kandungan Al-Kitab. Tak pernah lagi umat Kristian akan pergi ke gereja untuk merayakan hari di mana kisah St Valentine membunuh diri demi kekasih yang tidak kesampaian. Ya,mungkin si Valentine itu beragama Kristian. Untuk pengetahuan,membunuh diri termasuk di dalam 10 dosa besar bagi agama Kristian. Sebab itulah tiada sambutan bagi meraikan si bodoh yang mati bunuh diri.

Ada juga sejarah mengatakan,bahawa Valentine Day adalah hari Perang Salib di mana umat Kristian berperang dengan umat Islam. Allahualam,aku mengaku aku buta sejarah tentang itu.

Apabila tibanya hari ini,timbul kebencian di antara kedua-dua agama. Malah saling bermusuhan kerana berbeza pendapat. Lihat sahaja Facebook,Kristian dan Islam berperang dingin selama satu hari.

Pihak yang untung adalah pihak yang suka melihat orang lain bertelagah. Apabila dua-dua agama ini saling bermusuhan akibat fitnah,maka senang pula pihak luar interfare dan memerangi kedua-dua agama ini sehabis-habisan.

Aku pernah menjadi sebahagian daripada orang Kristian. Tapi kini,aku menjadi seorang muslimah bukan kerana perkahwinan tetapi aku lebih ke arah Islam agama yang benar kerana sebelum itu lagi aku sudah memeluk agama Islam. Kasih sayang sebenar bukan hanya pada hari ini,tetapi untuk esok,lusa dan sampai bila-bila.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Tiada ulasan: