Selasa, 25 Oktober 2011

Lost Tapes Season 3

Salam,

Ini bukan cerita tentang aku hilang tapes ke,masking tapes ke atau apa saja tentang tapes. Kali ini aku nak cerita tentang siri tv---asyik-asyik cerita tv..hehehe..dah itu jer yang aku pandai wat pun haaa....

Lost Tape ni adalah satu Docudrama,Documentari berkenaan tentang apa yang masyarakat kita suka tengok. Thriller,Mistik ataupun Paranormal yang tidak sengaja dirakamkan dalam bentuk digital. Documentari ini telah diterbitkan oleh Go Go Luckey dan di broadcast oleh Animal Planet untuk versi Amerika manakala di Asia,ianya ditayangkan di Discovery Channel. Kalau tengok nama channel ni,takkan diaowang ni nak amik citer tipu apatah lagi citer mengarut yang boleh menjunamkan rating penonton.



Apa yang menariknya,dokumentari ini TIDAK DILAKONKAN SEMULA seperti filem Penunggu Istana,Haunted of Changi mahupun Paranormal Activity. Setiap kejadian aneh dirakamkan secara footage samada sengaja atau tidak sengaja. Makhluk Cryptozoologikal ( Cryptid ), Zombie, Vampire,Sotong gergasi dan bermacam lagi. Dokumentari ini hangat diperkatakan di seluruh dunia kerana kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat diterima akal sains kita terkandung di dalam video yang dirakamkan..

Mula ditayangkan pada 30 September 2008 sehingga kini,siri dokumentari ini,kita boleh tengok kat channel Discovery Astro 551 pada setiap Selasa jam 10.03 malam.




Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri...ngeh ngeh ngeh..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: