Isnin, 7 November 2011
Seni Alih Suara : Skrip Polisher
Sundae Sunday
Salam,
Seperti yang aku janjikan,entri kali ini aku ceritakan tentang sub dunia alih suara.
Ramai di antara kita teruja mahu menjadi Voice Of Actor (VOA) atau pelakon suara latar. Tetapi mengikut pengalaman aku sendiri,pelakon suara latar yang ada di Malaysia,kebanyakkannya bermula dari penterjemah skrip ataupun polisher. Hanya segelintir sahaja yang diuji bakat untuk mencari kesesuaian suara kepada watak animasi yang akan dibawa.
Apa itu Polisher? Polisher ni tugasnya untuk menyesuaikan skrip mengikut gerak bibir watak kartun,animasi,drama ataupun filem. Selepas mendapat skrip yang sudah diterjemahkan,kerja-kerja polishing pun dijalankan. Namun begitu kerja-kerja polishing akan menjadi lebih kemas jika terjemah dan polishing dibuat serentak.
Kerja-kerja polisher hanya boleh dilakukan di studio sahaja. Ini adalah kerana sebarang video atau audio yang belum dipertontonkan kepada orang ramai dikategorikan sebagai sulit dan hak milik persendirian/syarikat. Namun berlainan dengan penterjemah skrip dimana kerja-kerja penterjemahan boleh dilakukan dirumah dan apabila sudah siap,skrip tadi boleh dihantar sendiri ataupun melalui email.
Nasihat aku,bermulalah daripada bawah. Tidak semua kita dikurniakan bakat semulajadi. Sekiranya kita bermula dari skrip polisher atau penterjemah,kita akan belajar cara-cara menjadi pelakon alih suara yang baik. Kita akan belajar menuturkan lenggok bahasa dengan betul.
Sewaktu aku melibatkan diri dalam bidang seni alih suara dahulu,aku tidak pernah terfikir pun rumitnya dunia di belakang tabir. Aku cuma tahu pelakon alih suara cepat menjadi popular contohnya kartun Upin dan Ipin.
Sekiranya gagal pada ujibakat alih suara yang dijalankan,cubalah minta menjadi penterjemah skrip atau polisher. Dunia alih suara di Malaysia sentiasa dahagakan penterjemah yang mahir dan fasih pelbagai bahasa. Tips untuk menjadi pelakon alih suara,senang saja. Syarikat rakaman selalunya akan memilih si penterjemah atau si polisher skrip. Kenapa? Jawapan sangat mudah,semua orang perlu melalui proses 'bermula dari bawah'. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.
Sekian untuk entri kali ini. Aku akan sambung tentang seni alih suara di entri lain.
Posted via Public phone kat taman perumahan aku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan