Ahad, 20 November 2011

Memori Musim Hujan



Super Sunday 

Salam,

Sejak kebelakangan ni asyik hujan je. Aku sebenarnya risau jugak. Yelah,rumah atas 'Bukit Antarabangsa'. Macam mana aku tak gelarkan Bukit Antarabangsa. Apartment yang aku duduk sekarang atas bukit. Kalau terjadinya tanah runtuh macam mana? Lagi pulak macam-macam jenis orang asing duduk sini. Little Acheh,Little Mynmar,Little African dan banyak lagi lah.

Masa aku turun tingkat bawah nak pergi kedai,aku ternampak beberapa orang kanak-kanak Myanmar seronok mandi hujan. Tanpa mengira petir dan guruh,semua mereka menikmati saat -saat yang aku pernah rasa suatu ketika dulu.



Masa aku kecik,mak aku tak larang kalau kami adik beradik main hujan. Seronok bukan kepalang lagi kalau dapat main hujan dan lopak air.  

Yang paling seronoknya kalau musim hujan kat kampung nenek aku. Rumah nenek betul-betul tepi sungai. Bila musim hujan,air akan menjadi deras dan banyak kayu kayan akan hanyut. Peluang keemasan itu nenek aku takkan lepaskan. Pasti dia akan menaiki perahu dan mengutip kayu-kayu yang hanyut untuk dijadikan kayu api. Kalau aku ikut serta,aku seronok naik perahu dan kutip permainan yang hanyut.



Pada musim hujan macam ni lah keluarga akan berkumpul di rumah. Mak akan sediakan kopi panas dan buatkan cucur goreng. Kalau tak pun,ayah akan rebuskan ubi kayu makan dengan ikan masin atau cecah gula. Memang seronok kalau makan berebut. Suasana tu sukar nak gambarkan.

Masa berlalu terlalu cepat. Aku pula sudah berhijrah kat sini. Aku cukup merindui kampung halaman bila musim hujan sebegini. Sepi dan keseorangan di tempat orang. Bila seharian cuaca panas terik dan tetiba hujan,aku seronok sekali. Bau rumput dan batu-batuan yang terkena hujan membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak dahulu.

Sekarang,kalau terkena hujan sedikit pun aku dah selsema dan sakit kepala.

'Rain-rain go away,come again another day'

Posted via Public phone kat taman perumahan aku

1 ulasan:

Eyriqazz berkata...

tahniah,anda salah seorang pemenang

http://www.eyriqazz.com/2011/11/pemenang-coca-cola-limited-edition.html