Khamis, 1 Disember 2011

Terus Berblog Walau Tiada Peminat



Salam,

Ramai orang buat blog,bukan sekadar nak menulis isi hati,isu semasa ke apa. Buat blog ni jugak satu hobi tapi kekadang hobi yang agak melekakan.

Walaupun macam tu,tanpa pembaca,siapalah kita melainkan kita betul-betul buat blog ni untuk diri sendiri. Tak kisah orang nak baca atau tak. Pendek kata,syok sendiri la.

Apa yang aku nak cakap hari ni tentang sikap suka kelepet di kalangan blogger sendiri. I follow u,u follow me!

Aku tak kisah sangat sebenarnya kalau takat singgah dan berlalu. Tapi,jangan mengaku dah follow pastu suruh kita follow balik. Aku kan,jenis yang tak suka memaksa. Nak follow itu satu kelebihan. Dia tak nak follow kita sudah. Mungkin entri kita tak cukup nak tarik minat si pembaca. Tapi jangan tipu! Aku ni boleh kata setiap hari terkena. Jom singgah blog saya dan follow. Saya janji saya akan follow balik. Cis,aku tengok statik je aku punya follower. Nak kata follow secara privacy pun tak ada. Nasib badan.

Aku selalu singgah blog orang,aku follow dulu baru aku komen kat shoutmix. Biar aku terus terang. Ada follower aku suruh follow dia balik. Tapi aku tak dapat buat. Kenapa???? Sebabnya butang follow terlalu fancy sangat sampai tak berfungsi. Kalau boleh,jangan di buang menubar yang kat atas sekali.  Kan ada butang follow. Senang klik ikut situ je. Tak pun,letak widget follower sebab kat butang tepi ada simbol macam petak bertindih. Kalau tak dapat tekan butang follow yang fancy tu,aku tekan ikut kotak tu. Mudah je. Lagipun,salah satu keburukan butang follow yang fancy sangat ni,tak mesra android. Ramai blogger sekarang guna smartphones untuk berblog. Contoh yang terdekat,  Santai Bersama Ben . Kalau tengok entri kat hujung sekali akan tertulis post via blogger v7.4. Macam aku,aku ubah post via public phone kekadang.

Yang penting,jangan menipu kalau nak meningkatkan follower. Lambat laun,orang akan dapat tahu jugak. Kalau cakap,jum singgah blog saya dan follow. Orang akan singgah dan follow. Walaupun berharap tuan tanah akan follow kita balik. Penyelesaiannya sangat senang. Kita datang dan komen setiap entrinya. Insyaallah akan di balas juga budi tu.

Aku pulak? Takkan jemu berblogwalking sambil follow blog yang aku sempat singgah. Semai benih kat situ lama kelamaan akan tumbuh juga benih persahabatan antara blogger.

Dan kepada kaki kencing dan gila glamour nak naik cepat,cepatnya kau naik dengan cara haram,cepat jugak kau jatuh. Itu lumrah manusia.

P/s : Pun tak percaya kat autoblogwalking.

posted from Bloggeroid

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

1 ulasan:

Cik Puan Muda Umi berkata...

autoblogwalking satu hal,penah baca psal software ni,ada jgak yg pkai..haish...kita punya la pegi singgah satu2 blog,dia senang2 je pkai sotware..haish..paling respek blogger yg datang baca,komen then follow kita pastu takda cakap,i follow u,follow me back..dari situ tergerak hati nk follow diorang balik walaupun diorang tak suruh..huhu