Rabu, 15 Februari 2012

Ranne Pat Artis OCHSP



Salam,

Kemunculan penyanyi tempatan di Sarawak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Masing-masing bersaing untuk mendapat tempat di hati peminat musik tempatan. Tiada bezanya dengan penyanyi lain. Cuma berbeza dari genre musik yang di bawa dan sudah tentunya bahasa.

Antara penyanyi yang semakin popular di Bumi Kenyalang ialah,Ranne Pat. Sebenarnya aku pernah sekelas dengan Ranne selama tiga tahun berturut-turut sebelum aku berpindah ke sekolah teknik.

Memang dari sekolah dulu,Ranne aktif dengan pelbagai jenis aktiviti. Terutamanya dalam bidang sukan dan juga bintang nyanyian peringkat sekolah. Tidak di nafikan,Ranne yang sudah pun berumah tangga bersama Aaron Donald mempunyai kelompok peminat sejak dari bangku sekolah lagi.Bernaung di bawah OCHSP Music Video®,kemunculan Ranne Pat semakin di minati ramai.

Rasanya tak salah aku nak promosikan penyanyi tempatan kepada semua. Siapa lagi yang akan memajukan bangsa sendiri kalau bukan kita sendiri.

Dapatkan VCD yang original dan kepada peminat lagu tempatan Sabah Dan Sarawak boleh lah mendapatkan VCD Ranne Pat di kedai menjual cakera padat di Kota Raya,Kuala Lumpur iaitu satu-satunya kedai kat Kelumpo ni yang jual Vcd lagu Sabah Sarawak.

Ranne Pat & Ochsp Musicvideo di laman Facebook.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Tiada ulasan: