Isnin, 24 Oktober 2011

The Walking Dead Season 2

Salam,

Malam ni tayangan premier cite yang paling top abad ni 'The Walking Dead Season 2'.
Andrew Lincoln as Rick Grimes in 'The Walking Dead' Season 2 Premiere (Review)


Dalam musim yang lalu,selepas tersedar daripada koma akibat terkena tembakan daripada penjenayah, Rick mendapati suasana sekeliling menjadi sunyi sepi. Dalam keadaan yg masih lemah,Rick merayau-rayau di sekeliling kejiranannya dan mendapati semuanya bertukar menjadi ngeri....ZOMBIE kampung pisang eh zombie orang putih..hehehehe

Dalam kelam kabut,Rick kembali ke rumahnya untuk mencari isteri dan anaknya. Usahanya berjaya apabila menemui mereka bersama beberapa orang yg terselamat dari Zombie.



Pada musim terbaru kali ini,Rick membawa mereka yg terselamat keluar dari bandar Atlanta dengan melalui lebuhraya. Namun berjayakah mereka? Siapa pula yg akan menanti mereka diluar sana? Sama-samalah kita tengok cite ni malam nanti kat Astro Star Movie channel 413...chill!!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: