Selasa, 31 Januari 2012

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com



Salam,

Lamanya tak update entri blog ni..biasalah awal tahun. Kursus sana sini,meeting sana sini. Itu belum lagi outstation sana dan sini juga erkkk...Dah bersawang pun blog ni haa...

Kebetulan Blogger Eriqazz ada menjemput aku untuk menyertai giveaway duit baru keluaran Bank Negara Malaysia. Dah tentu aku tak mahu ketinggalan untuk menyertai giveaway yang bagi aku menawarkan hadiah yang mempunyai nilai tersendiri terutama kepada collector numismatik macam aku.

Sebelum ini,aku ada menang beberapa contest dan giveaway dari blogger Eyriqazz. Salah satu daripadanya ialah Coca Cola Heritage Limited Edition. Menariknya tidak lama selepas aku mendapat hadiah itu-sebenarnya aku ke pejabat Nuffnang untuk collect hadiah,awesome!-ada seorang collector Coca Cola menghubungi aku dan berminat untuk membelinya. Akhirnya hadiah Coca Cola itu juga bertukar tangan. Ramai pihak rasa gembira dan aku bersyukur selepas hadiah pertama yang aku dapat,menyusul juga yang lain. Alhamdulillah..rezeki tak pernah putus apabila kita mengembirakan orang lain.

Di dalam blog aku juga,aku pernah menceritakan tentang duit yang paling laku di pasaran numismatik sekarang. Entri ini aku rasakan entri terbaik aku kerana aku ada menceritakan serba sedikit tentang kenapa duit sepuluh sen tahun 1971 sangat bernilai Sepuluh sen 1971 .

Ciri-ciri wang kertas yang bakal menjadi buruan adalah dari segi no sirinya. Jadi,kalau ada pemenang nanti,simpan duit kertas tu ok. Mana tau suatu hari nanti,harganya jauh lebih berharga dari sekarang. Insyaallah.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Tiada ulasan: