Khamis, 22 Disember 2011

Angry Frog vs Angry Bird vs Angry Chicken



Salam,

Hari ni menyinggah ke 'Market' kot-kot ada brand new aplikasi. Terpandang pulak aku bahagian software games- Angry Frog.

Dah lama aku perasan game ni tapi aku tak download pun. Tetiba hari ni aku tertarik nak cuba. Di pendekkan cerita,bila dah siap download apa sume,bermula untuk percubaan Angry Frog-athon.

Kisahnya tentang katak sedang meng-Kamikaze diri sendiri untuk membunuh musuh tradisi kaum katak iaitu ular tedung. Bukan mudah nak tewaskan si tedung ni. Kayu pun susah nak jatuh nak timpa si tedung adehhh!

Walaupun visualnya simple,tapi game ni masih boleh di anggap kreatif sebab kepelbagaian sudut nak melastik.

Game ni tetap tak boleh lawan Angry Bird. Tapi aku ada dengar pencabar baru Angry Bird sekarang ni Angry Chicken. Lepas ni tak tau angry apa yang keluar.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Kenapa Lanun Darat?



Salam,

Entri ni khas buat kengkawan atau pembaca blogger yang tertanya-tanya mengenai pemilihan nickname aku dalam dunia blogging ni-Mrs Lanun Darat.

Nickname ni encik husband yang punya sebab dia salah seorang trooper VAT 69 Komando dalam Royal Malaysian Police. Jadi setiap anggota ada nickname sendiri. Dia Mr Lanun dan of course secara automatik aku ni menjadi Mrs Lanun.

Bukan show off tapi inilah kebenaran. Dan jangan risau nickname tu bukan peribadi dan sulit. Dalam group encik husband ada ramai yang guna perkataan lanun darat. Yang membezakan lanun1,2,3 and so on.

Itulah cerita yang sebenar-benarnya. Aku bukanlah suka melanun hasil keje orang,beli cd cap lanun atau suka jadi awek lanun. Kalau ada pun aku melanun kat encik Google.

Encik husband kata,guna je nickname ni sebab tak memudaratkan dia atau VAT 69 tu sendiri dan yang penting ini ialah identiti diri aku sendiri dan lain dari yang lain.

Macam cap jari,corak dan belangnya lain-lain bagi setiap individu. Betul tak?

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Rabu, 21 Disember 2011

1sen 1983 Bernilai Rm3000++?



Salam,

Encik husband ada seorang kawan yang hobinya mengumpul segala jenis duit. Kata encik husband,kat rumah kawan dia ni,dah macam peti besi Bank Negara. Bersepah dengan duit!

Money collector atau numismatik adalah hobi kedua yang termahal kat dunia selepas pemgumpul setem. Mereka ni sanggup berhabis duit untuk hobi ni sebab mempunyai nilai pelaburan besar di masa hadapan. Contohnya matawang malaya 1905++ bernilai satu juta lebih di pasaran.

Semalam,encik husband call aku.

Mr Lanun : Ma,cuba mama tengok dalam tabung mama kot-kot ada duit syiling 1 sen tahun 1983 yang tembaganya cantik. Yang buruk tak mau ye.

Mrs Lanun : Untuk apa pa?

Mr Lanun : Kawan papa nak beli. Rm3000 sekeping kalau kualiti dan keadaannya baik.

                       ...............

Aku pun beria-ria la korek tabung sebab aku ni pengumpul duit syiling 1 sen. Tapi sayang,satu pun tak ada. Hurrmmmm....tak ada rezeki. Sebab bukan mudah nak cari dan jumpa ataupun aku dah terlepas pandang.

Satu lagi duit syiling yang menjadi buruan peminat numismatik ni. Duit syilling sepuluh sen tahun 1971. Nak tahu sebab apa duit syiling ni berharga? Masa proses cetak duit ni,Bank Negara ditenggelami banjir dan hanya sempat mencetak 3000++ unit je.

Belek-belek lah syiling dalam poket tu. Kalau terjumpa,apa tunggu lagi. Iklankan dan mesti jadi rebutan! Sebab harganya ada yang mencecah rm5000++!

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Selasa, 20 Disember 2011

Keputusan Bagi SEGMEN GIVEAWAY CIK LANUN


Salam,

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Tak payah berbasa basi so inilah senarai pemenangnya okies.

CERITA YANG PALING MENAWAN KALBU

Cik Puan Muda Umi cash prize RM50

HEADER KEWL++AWESOME

Syieda cash prize RM50

Wait! cik lanun ada consolation prize untuk semua yang sudi menyertai segmen cik lanun yang pertama berupa reload no telefon atau cash bernilai rm10. Senarai pemenang ialah

http://ayielefthanded.blogspot.com/

http://sembangshahrazali.blogspot.com/

http://ebell-lee.blogspot.com/

http://saranghaeyotumblr.blogspot.com/

http://atienabila.blogspot.com/

http://ash-tsukidate.blogspot.com/

http://puteri-auni.blogspot.com/

http://killjoysdiaries.blogspot.com/ 

Harap takde yang tertinggal ye. Kalau ada sila maklum tau jangan malu-malu. Cik Lanun mohon maaf sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan hati terhadap pemilihan pemenang. Ini segmen pertama cik lanun. Insyaallah cik lanun akan adakan segmen yang lebih menarik lagi. Tunggu encik husband buat loan. hehehehehehehe.... sila sms ke 010-2313702 untuk penebusan hadiah dan kesemua hadiah akan di serahkan esok ok. Chill tau kepada semua!!!

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Isnin, 19 Disember 2011

Demi Anak-Anak,Ku Korban Apa Saja!



Salam,

Terbaca entri sahabat blogger kita ni hari tu. Dengan kudrat tua,si ibu mengusung plastik berat berjalan merata tempat.

Bayangkan kalau itu ibu kita. Apa perasaan kita kalau ibu kita yang berjalan mencari rezeki kesana kemari demi mencari sesuap nasi dan mencari wang untuk perbelanjaan anak-anaknya? Baca kisah selanjutnya di,  Sembang Shahrazali 

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Rabu, 7 Disember 2011

Wordless Wednesday



Nampak macam duit syiling emas tapi sebenarnya duit 1 sen yang di susun mengikut tahun.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google or Lanun Darat Heritage

Selasa, 6 Disember 2011

Blogger Tukar Modus Operandi



Salam,

Dah semakin ramai para sahabat blogger mula bercerita tentang ni. I FOLLOW YOU,YOU FOLLOW ME! Eh silap. FOLLOW ME,I WILL FOLLOW YOU.

Bagi sesiapa yang selalu ping entri di wall group blogger di Facebook,semua orang pasti dah merasai apa itu spam link. Maksud spam link ialah kita letak url blog kita dengan lengkap di ping blog blogger lain. Ada segelintir blogger suka,ada segelintir yang tak suka.

Sebelum 'berani' nak spam link kat ping blogger lain,sila baca dulu terma dan syarat group. Ada yang membenarkan spam link dan ada yang tidak. Group yang dikhaskan untuk para blogger berblogwalking dan ping entri ada banyak kat Facebook. Aku  cuma larat masuk 53 group je. Itu pun dah cukup banyak.

Tapi kebelakangan ni,kebanyakkan blogger yang nak tingkatkan bilangan follower dah mula menukar modus operandi mereka. Melalui undangan RSVP Facebook pulak. Cara yang bijak sebab boleh add semua ahli group,bayangkan ada 10,000 ahli,suku atau separuh daripadanya kemungkinan besar akan follow. Manakala yang lainnya mungkin tak ambik port.

Bagi yang nak cepat dapatkan follower instant mungkin boleh cuba. Tapi kesannya sendiri pun tau lah. Baik atau buruk,terpulang pada masing-masing.

Cuma jangan jadi macam seorang blogger ni. Aku dah tekan butang unfollow pun masih appear lagi kat treasure island aku. Dua tiga hari ni aku asyik berkias je pasal dia. Dia salah seorang blogger yang tabur janji follow saye,saye janji follow awak balik. Dia pulak tak endahkan blogger yang kecil-kecilan. Nampak dia akan bertenggek di blogger yang followernya ribu riban. Dan sorilah blogger yang follower kecik,dia takkan follow. Dan dia jenis yang suka mengata blogger lain terang-terangan! Mana respect tu???

Aku jeles ke? Tak,buat apa nak jeles. Kemampuan dan kemahiran masing-masing.

Biarkan si luncai dan labu-labunya. Lagipun tak baik mengata kalau tak mau menghormati caittt... :p.

Posted via Mesin Taip Buruk-All the images that appears in this entry is belongs to Google

Denda Dulu : Denda Kini



Salam,

Bosan baca cerita yang sama sekarang. Kena pukul sikit dah masuk surat khabar. Itu belum kena lempang,kena bantai atau kena penerajang dari cikgu. Confirm-confirm kes polis dan kena bicara.

Mai sini aku nak cerita jenis denda zaman aku sekolah dulu ( yang aku pernah rasa. Masa sekolah dulu boleh tahan degil jugak la. Hihihihihi)

Sebab : Tak buat kerja sekolah-homework

•Berdiri atas meja sambil junjung kerusi

•Berjalan itik keliling blok bangunan

•Lari sepuluh pusingan (400 meter) sampai basah lencun baju sekolah

Sebab : Tak jaga kebersihan diri-kuku panjang

• Kena sebat dengan rotan

Sebab : Karangan Bahasa Melayu Gagal

•Cikgu baling buku kerja sampai sangkut atas pokok rambutan. Kena kait sendiri buku. Cikgu kata flying UFO

Sebab : Tak dapat catchup apa yang di ajar-lembab

•Tawaf satu sekolah. Berjalan melintasi kelas-kelas junior dan senior.

•Berdiri kat koridor sekolah. Cikgu suruh clearkan minda. Tapi malu ooo bila ada kawan atau cikgu lalu lalang. Lebih malang kalau terpaksa bertentangan dengan kelas seberang. Mesti malu tahap dewa.

Sebab : Kena tangkap surat cinta

•Bersanding kat bilik guru

Budak lelaki lagi teruk. Kena penampar dan penerajang dari cikgu. Tapi tak sampai kes polis. Tak pernah dengar sepanjang aku sekolah dulu.

Agaknya akan datang apa lagi jenis denda yang akan muncul ya?

Posted via Mesin Taip Buruk

Musim Hujan Dan Bayi



Salam,

Hari ni,jabatan aku keluarkan statistik mengenai kadar kelahiran kat Malaysia ni. Bayi lelaki lebih ramai dari bayi perempuan.

Ada rumusan yang mengejutkan semua pihak. Kadar kelahiran bayi akan terus meningkat pada 8 bulan akan datang.

Pihak jabatan juga melaporkan musim hujan adalah punca kenapa kadar kelahiran bayi meningkat sekali ganda.

Hanya orang yang faham je kenapa terjadinya fenomena macam ni. Sebenarnya pihak jabatan bukan saja suka-suka membuat rumusan. Semuanya mengikut bancian yang telah di jalankan.

Jadi,lebih ramai bayi yang akan di lahirkan bulan Ogos,Oktober,November dan Disember tahun depan.

sumber statistic government

Posted via Mesin Taip Buruk

Dark Side~Bad Habit



Salam,

Pepagi macam ni malas sungguh la nak bangun. Tapi kena gagahkan jugak. Orang tua-tua kata,kalau matahari dah tegak kat kepala baru nak bangun,memang rezeki tak akan masuk.

Bangun lambat memang buruk perangai bagi yang bergelar perempuan. Terserlah sangat lah daripada lelaki. Tapi bagi aku,kalau lelaki jenis bangun pukul 1-2 pm,jenis pemalas. Kalau keje malam ke tak kisah sangat. Kalau yang tak keje? Usahkan nak tolong mak bapak buat keje rumah. Tapi diri sendiri pun tak reti nak uruskan.

Itulah yang sering berlaku kat kita manusia. MALAS BANGUN PAGI! Sebahagian dari dark side hidup kita. Belum lagi tambah dengan pemalasnya bla bla bla bla dan etc.

Ada banyak lagi dark side hidup kita. Cuma kita yang boleh kenal diri kita sendiri macam mana.

Entri ni khas untuk encik husband. Kemain lagi suruh call kejutkan awal pagi nak keje pejabat. Bila call kali kedua,(pukul 11 pagi!) barulah terhegeh-hegeh nak mandi. Orang lain balik tengahari,dia pulak baru sampai pejabat. Bertuah!

Posted via Mesin Taip Buruk

Isnin, 5 Disember 2011

Tips Untuk Kurus



Salam,

Masa aku balik kampung hari tu,aku kena tegur dengan mak. Mak cakap aku dah chubby sangat. Tanya aku ni dah ada isi ke apa. Aku pun tak perasan yang selama ni badan aku naik mendadak sangat. Aku pegilah timbang berat badan. Hah 73kg ke???? Kali terakhir aku timbang 3 bulan sebelum 50kg je. Memang naik mendadak.

Entri malam ni aku nak kongsikan cara untuk kurus dengan idea aku sendiri.

Bahagian Lengan

•Rajin-rajin la mengemaskan barang mainan anak-anak yang bersepah tu. Bukan setakat lengan cantik,bibir pun turut bersenam sekali. Yelah sambil mengutip,sambil pot pet pot pet

•Rajin-rajinkan memasak untuk suami. Tangan kita bergerak dan biar dia pulak gemuk. heheehehehe

Bahagian Peha,Betis & Punggung

•Lebih baik naik tangga dari naik lift. Kalau tempat keje tu 88 tingkat,berhenti la bila suku lagi nak sampai. Naik tangga pulak. Confirm cepat kurus.

Lain-lain bahagian

•Maaf,aku pun tak tau nak buat macam mana. Terpulang kat korang. hehehehehe

Tapi ada kawan satu office,cara diet dia,minum dua liter air kosong setiap hari. Dalam masa beberapa bulan je dia jadi kurus plus yang menariknya dulu kulit dia macam orang tua dan tak bermaya. Tapi sejak dia amalkan,kulit dia lembab dan terserlah cantik semulajadi.

Kuasa air! Tapi apakan daya. Seperti picture kat atas,sehari aku mampu teguk tak sampai separuh. Bila nak kurus ni waaaa....

Posted via Mesin Taip Buruk

Lain Padang Lain Belalang



Salam,

Blog kita,wajah kita. Sebenarnya orang baca sikap kita melalui emosi masa penulisan entri bukan melalui entri kita semata-mata. Contohnya kita tau kawan blogger kita ni sedih kalau entrinya sedih. Begitu juga kalau kawan kita tu tengah marah atau gembira. Tak ketinggalan juga entri berbunyi cemburu dan sinis.

Dalam dunia maya,blog ke,facebook ke,twitter ke,orang tak kan nilai kita dari dunia sebenar kita. Salah satu sebab masing-masing tak kenal. Lainlah kalau si pembaca kawan kita atau keluarga kita. Jadi melalui emosi penulisan kita lah orang akan mengenali kita.

Dan jangan lupa juga,setiap orang berusaha dengan cara masing-masing dalam dunia blogging ni. Semua mahukan tempat yang baik. Guna taktik baik ataupun kurang baik,itu lumrah manusia. Tapi bila kita sudah berada di tempat tinggi,jangan lupa pandang ke bawah. Suatu masa,ada orang yang akan ganti tempat kita. Lumrah dunia,life is circle!

Jadi,positif lah selalu dan jangan putus asa untuk terus menapak walaupun perlahan. Selagi kita berada di bawah,orang tak akan peduli apa yang kita tulis apatah lagi nasihat yang di beri. Kita lupa yang Allah menghantar sesiapa pun untuk menjadi utusannya. Berusahalah dengan ikhlas!

Sekian tazkirah Maghrib hari ni.



Posted via Mesin Taip Buruk

Segmen Giveaway Dari Blog Cik Lanun



Salam,

Hujung tahun dah makin dekat ni. Bonus pun tak lama lagi keluar. So,encik husband membenarkan aku untuk melanun sikit dari treasure hunt yang ada dalam bank heheheheh....

Segmen ni mudah je tapi sayang ada satu je pemenang setiap segmen. Ada dua segmen. Satu,rasanya ramai blogger ada header yang cool dan awesome kan? Sape ada header yang cool tu bolehlah join segmen ni.

Segmen kedua,ceritakan serba ringkas tentang barang atau orang kesayangan korang dan apa keistimewaan barang atau orang kesayangan tu.

Syarat-syarat menyertai segmen :-

• Buat tajuk entri seperti yang tertera di atas. Pilih salah satu segmen.

•Letak banner Jolly Roger (tengkorak kaler pink yang kat atas) kat entri korang dan letak link sekali.

•Letak segmen pilihan,kalau header just tulis yang korang pertaruhkan header di blog korang.

•Tag tiga orang kawan dan pastikan diaorang tahu pasal contest ni.

•Akhir sekali,dah buat entri tu sila singgah semula kat sini dan letak link korang kat komen entri ni okay.

Tarikh tutup kedua-dua segmen ni ialah pada 18//12/2011

Grand prize : Rm50 for each segmen.

Wait! Sebaik sahaja winner menghubungi cik Lanun,duit akan terus di bankin time tu jugak-tapi kepada yang memiliki akaun Maybank @ Rhb. Yang guna lain-lain bank,duit akan di bankin keesokkan harinya. Kepada adik-adik kalau menang,duit akan di bankin ke akaun mak ayah. Pos tak main ye. Segala resit perbankan akan di emailkan sekali.

P/s : Blog aku tidak mengamalkan paksaan follow. Sila ambik perhatian sendiri pada tarikh 20/12/2011 pemenang akan di umumkan.

Akhir sekali good luck dan selamat datang ke blog tongkang pecah Cik Lanun Darat.

Posted via Mesin Taip Buruk

Ahad, 4 Disember 2011

Bahang Amarah 2012



Salam,

Belum pun habis Angry Bird Season 2011 aku main,android aku dah update yang baru sempena Hari Natal yang akan tiba tak lama lagi.

Lembabnya aku main Angry Bird! Angry Bird Rio dan Angry Bird Seasons pun aku tak complete lagi level. Selalunya anak buah aku yang berumur 5 tahun yang jail break kan level yang sangkut. Dia memang pakar Angry Bird!

Godek punya godek,Halloween season pun aku tak lepas. Christmas season pulak sampai no 3 je. Aku pulak yang rasa Angry. Grrrr....

Ada satu burung baru dalam Angry Bird version Hammoween 2012. Berwarna oren. Tapi power macam hampeh. Langsung tak membantu. Aku pun rasa ggrrrr... lagi.

Posted via Mesin Taip Buruk

Cinta Tinta,Cinta SMS



Salam,

Kehadapan saudari yang kini berada di mana sahaja dengan harapan sihat selalu. Tujuan saya mengirim surat ini adalah untuk berkenalan dengan saudari. Ini butir-butir peribadi saya..



Itulah antara perenggan yang pertama yang aku baca bila membuka helaian surat perkenalan suatu masa dulu. Seronok dapat surat cinta ni. Susah nak gambarkan perasaan tu kalau ada orang yang diam-diam meminati kita. Syok pun ada,terasa diri tu glamour pun ada dan bercampur baur perasaan tu caittt...

Aku bukan pelajar famous kat sekolah dulu. Tapi aku ada kipas-susah-mati sendiri. Masa tu aku masih tingkatan tiga dan si dia tingkatan lima. Sebelum tu ada juga yang menghantar surat nak berkenalan. Tapi aku tak berani nak balas sebab kalau kena tangkap,confirm kena bersanding masa perhimpunan sekolah. Malu oooo...hehehehe

Si dia ni tak pernah putus asa hantar surat. Sehari sampai 5-6 surat. Aku cukup menyampah sebab si dia kategori lelaki tak hensem. Huhuhuhu...lagi pulak masa tu aku nak PMR. Jadi tak melayan sangat.

Aku simpan semua surat cinta yang aku dapat dari tahun 1996-2001. Ada kira-kira 500 keping semuanya. Bila balik kampung,aku belek-belek semula. Seronoknya kenangan masa tu.

Si dia tadi tetap tak putus asa menulis surat. Kali terakhir aku dapat surat dari  si dia masa si dia dah jadi army kat Port Dickson. Siap bagi gambar lagi. Itulah kali terakhir aku dapat surat cinta dan lepas dari tu,era cinta sms bermula.

Cinta sms ni tak boleh nak simpan banyak -banyak sebab space storage tak banyak. Lagi pulak cinta sms memerlukan modal yang banyak. Awal-awal dulu satu sms je dah 0.50. Untung la sekarang setiap sms cuma satu sen.

Cinta tinta buatkan kita tersenyum sehingga ke akhir hayat kita. Cinta sms pulak,senyum semasa hanset kita berbunyi je.

P/s : Lain pula cerita Encik Husband yang juara sanding di sekolah masa gila-gila remaja dulu.

Posted via Mesin Taip Buruk

Blog Sampah! Menyampah!



Salam,

Bila tengok blog orang lain kemas dan tersusun,teringin pulak nak mengemas kini kan blog. Ini baru dinamakan serupa dengan kapal pecah. Tunggang langgang susunannya! Sibuk melanun sampai kapal sendiri tak tertampal.

Aku sendiri pun menyampah dan tak ada mood nak tengok. Bukan tak pernah cuba template. Dah banyak kali tapi oppssie error 404 found. Berjam-jam mengadap laptop belum tentu aku dapat buat.

Identiti header- Yang inikan,aku langsung tak boleh nak create sendiri. Nak mintak tolong blogger lain,tak banyak choice yang dibuat. Lebih kurang sama macam header blogger lain. Aku tak nak timbul pulak isu sama header. Sekarang,pasal benda yang kecik pun boleh gaduh inikan pulak benda yang akan bertempek di blog kita untuk jangka masa tertentu.

Aku cuma mahukan template yang simple dan tak berat. Sebab kalau blog kita berat,belum tengok entri lagi orang dah tekan butang X sebab lama sangat loading. Dan yang paling penting mesra android dan mesra segala jenis smartphones.

Aduiyaiiii,jangan kapal aku karam lepas ni sudah.

Posted via Mesin Taip Buruk

Sabtu, 3 Disember 2011

Menang Ipad Setiap Minggu!


Salam,

Sakit hati tengok money drop tadi. Rugi banyak kat soalan tentang makanan. Setengah juta dah hilang kat situ. Tak senang duduk aku tengok tv. Geram dan rugi rasanya tak hadir ujibakat kat SACC Mall Shah Alam hari tu.

Tapi mungkin tak ada rezeki kot. Tak pe,Astro tak kedekut. Astro bagi kita peluang yang sama untuk bermain dan memenangi hadiah yang menarik setiap minggu.

Caranya mudah je. Kita ambik masa sejam duduk depan tv,bukak channel 104 Astro Ria,and then jawab soalan simple-jangan lupa lappy kesayangan. standby dan pastikan line tahap ferari- Tapi kita bermain hanya pada hari Sabtu dan Ahad pukul 10pm-11pm je. Klik sini nak jengah---> MONEY DROP ASTRO untuk terma dan syaratnya.

Aku yang dah lama mengidam Ipad 2 ni tentu tak nak ketinggalan. Tak dapat sejuta,dapat hadiah Ipad pun jadi la. Insyaallah.

P/s ; Selalu excited bila tengok cerita kuiz yang melibatkan duit-mata duitan-

Posted via Mesin Taip Buruk

Ini Baru Cheap Sale Giler Kentang!



Salam,

Tadi aku keluar shopping dengan Encik Husband. Keluar cari barang keperluan sekolah untuk dua orang adik aku yang kat kampung.

Destinasi pilihan ialah Mydin Kotaraya. Hujung minggu macam ni,Kotaraya penuh dengan warga asing. Bermacam ragam,rupa wajah dan bermacam bau!

Mydin hari ni memang penuh dengan pelanggan yang nak cari barang sekolah. Yelah,dah dapat duit bantuan kerajaan,duit tu tentulah ke barang sekolah.

Aku dan Encik husband menuju ke tingkat 3. Memang padatlah dengan manusia. Mula-mula ke bahagian baju,aku belek-belek baju uniform kaler biru. Pendafour dan baju kurung. Sedang aku membelek,Encik husband datang bawak sehelai baju. Dia suruh aku belek dulu harganya. Aku macam tak percaya. Hanya Rm5 je!! Wow! Giler kentang punya murah!

Aku check pulak kualiti kain. Memang berbaloi lah. Kain kapas yang serap peluh,tak tipis dan memang kain berkualiti. Baju dan kain sarung masing-masing Rm5. Aku ambik 4 helai. Jadi dapat la Rm20. Baju kurung,kain yang kaler biru dan pendafour semua berharga Rm5 dan sesetengahnya Rm3. Cuma baju putih untuk lelaki je harga biasa. Tapi seluar biru untuk budak darjah 1-3 ada yang berharga Rm3-Rm5.

Aku ke bahagian kasut pulak. Tahun ni aku tak jumpa yang murah. Semua standard price. Tapi kalau seorang boleh dapat lengkap barang sekolah dengan harga tak sampai Rm100.

Walaupun bersesak,aku dengan Encik Husband happy sebab dapat jimat belanja selain dapat barang yang berkualiti.

Terima kasih Encik Husband!

Posted via Mesin Taip Buruk

Eh Itu Dia : Kuntilanak Kesurupan



Salam,

Aku tak sedar dah masuk bulan disember. Sibuk dengan keje yang tak pernah habis dan sibuk berblog ;)

Hari Sabtu hari yang santai untuk kami sekeluarga. Duduk berehat kat rumah je. Lagipun kebelakangan ni hujan memanjang. Nak ke pantai atau ke Ulu Yam mesti mandi kejap je. Tak seronok kalau macam tu.

Aku teringat bila masuk je bulan baru,Astro Box Office mesti release cerita baru. Hari ni aku nak review filem seram dari Indonesia-Kuntilanak Kesurupan-Pontianak Kerasukan dalam bahasa Melayu kita.

Cerita ni mengisahkan tentang Wesley telah mengambil projek untuk menulis biografi tentang pelakon terkenal. Wesley cuma boleh menulis tentang yang baik-baik je dan tak boleh menceritakan yang kurang baik . Tetapi malang mula menjengah Wesley apabila sebaik saja menerima tawaran tu,dia dan adiknya Alice telah di ganggu oleh kuntilanak ni termasuk teman serumah dan teman sekuliahnya. Sampai satu saat,Alice telah diculik oleh kuntilanak kerana Wesley tetap meneruskan untuk 'membodek' pelakon terkenal walaupun dah di beri amaran. Siapa kuntilanak tu? Apa kaitan kuntilanak dan kisah pelakon yang ditulis Wesley? Kenapa orang yang tak bersalah pun terkena sekali? Hidup ke Alice?

Korang boleh download cerita ni kat Youtube atau boleh tonton di Astro Channel 953.

•Siang-siang pun si Set-an ni boleh keluar nak takutkan orang.

•Ponti-anak-remaja pun boleh kena rasuk ek?

•Pelakon yang sama membintangi Pocong Ngesot-Aziz Gagu

•Bintang undangan Jupe (Julia Perez) menjadi pensyarah yang seksi dan menunjukkan aset di dadanya yang bernilai

•Filem yang gagal menakutkan penonton. Puntianak di rasuk oleh pocong??!!!

P/s : Aziz Gagu tetap jadi pujaan-sedang menonyoh muka kuntilanak dengan mop sebab pijak lantai yang baru lepas di mop.hehehehe..

Posted via Mesin Taip Buruk

Padah Gila Traffik



Salam,

Kalau berblog semata-mata nak kejar traffik,tak salah kalau kena dengan caranya. Tapi kalau tersilap,lain pula jadinya.

Bila berblogwalking sambil baca entri orang lain yang kaya dengan traffik,aku pun cuba-cuba jugak la nak cari limpahan traffik. UV aku sehari 20 secara purata. Yang viewnya bawah 80. Teringin jugak tengok schedule kat  Nuffnang tu naik sikit.

Aku pun gatal tangan la mencuba satu aplikasi ni. Senang je sebab benda ni auto surf. Sambil buat keje lain,biarkan je aplikasi tu running.

Bila aku cuba dua hari,hah terduduk aku! Bukan traffik dari Malaysia yang aku dapat. Dari merata dunia ha! Aku mula la cuak sebab mesti metered earning akan terjejas. (Ada satu je kot melekat).

Akhirnya yang viewer aku dari Malaysia jatuh tempat tercorot dalam carta. Menyesal tak sudah aku. Sekarang aku dah tak pakai dah aplikasi tu. Aku relakan dengan cara menapak perlahan-perlahan dalam blog ni.

Ni bulan lepas punya cerita. Aku dah serik buat keje tanpa kaji dulu. Hai...bak kata pepatah,Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

P/s : Blog satu dunia rupanya. Caittt...

Posted via Mesin Taip Buruk

Jumaat, 2 Disember 2011

Ujibakat Alih Suara Part 2




Salam,

Pertama sekali setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang hadir masa uji bakat yang pertama. Sekarang pihak produksi masih tercari-cari watak mak,ayah dan Meor Din.

Ujibakat kali ni akan di adakan pada 9/12/2011 bertempat di klik sini--->>  Uji Bakat Kampung Boy pukul 9am-12pm. 

Pihak produksi dan team Dubber Inc Malaysia mengalu-alukan kehadiran bakat-bakat baru yang terpendam. Korang pun jangan lepaskan peluang sebab Kampung Boy siri animasi tempatan yang cukup gah namanya di serata dunia. Jumpa korang kat sana ye!

Credit to Puan Norina Yahya & Dubber Inc Malaysia.

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Jangan Bunuh Industri Ku!



Salam,

Ramai yang merungut sebab rancangan kegemaran mereka dah di alih suara dan tak ada sarikata. Kalau ada pun semua terjemahan jadi tunggang langgang dan dijadikan bahan kelakar oleh penonton. Bukan sebab mereka seronok tengok tv,seronok ketawakan terjemahan yang tak betul!

Sebelum jadi penterjemah,aku melalui jalan yang sukar untuk masuk ke industri ni. Penerbit mahukan seseorang yang benar-benar mahir menguasai bahasa Melayu dan bahasa kedua. Beberapa kali aku di uji untuk mengetahui sejauh mana kebolehan aku membuat terjemahan skrip. Alhamdulilah aku berjaya memenangi hati mereka. Nak-nak lagi aku bernaung di syarikat pemiliknya orang cina. Lagi tegas lah mereka sebab mereka mahukan kualiti bukan kuantiti.

Namun begitu,terdapat syarikat yang tamak sehingga tidak mahu mengupah penterjemah atau polisher yang mahir untuk membuat kerja mereka. Kalau ada pun bayaran yang di berikan sangat rendah. Aku pernah sekali terpaksa menolak sebab aku di suruh untuk terjemah skrip melalui Google Translate saja. Tentu ramai yang tau kelemahan Google Translate yang ketara.

Sesungguhnya aku pun tak suka bila orang mengata industri alih suara dan terjemahan adalah industri gagal di negara kita. Kerap kali juga aku di hina dan di sindir oleh rakan-rakan mengenai terjemahan sari kata dan alih suara yang teruk walaupun bukan hasil dari terjemahan aku. Aku bukannya orang lama dalam industri ni. Aku baru lagi dan semua ni adalah di sebabkan minat. Kadang-kadang aku terpaksa membahagikan masa untuk keluarga,kerja di pejabat dan kerja penterjemahan ni.

Dari pelakon alih suara sampailah ke penerbit,kadang-kadang kami mengeluh juga sebab industri ni semakin tenggelam di negara kita.

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Khamis, 1 Disember 2011

Im Digi Blogger Not Digi Booger



Salam,

Semalam Nuffnang ada bagi email kat aku. Khas untuk Digi Evangelist. Aku ni kira salah seorang usernya dan 'angel' kepada Digi ni.

Digi sedang membuat tawaran khas untuk bekerja bersama mereka selama tiga hari iaitu pada 14-16/12/2011. Tawaran ni memang aku tak akan lepaskan. TAPI kalau ada rezeki. Sebab hanya 5 orang blogger terpilih sahaja yang layak setelah pemilihan di buat.

Bukan apa,bila dah dapat peluang bertemu rakan blogger,bila lagi nak jalinkan persahabatan tu. Aku dah tengok ramai blogger jumpa semasa perjumpaan aktiviti dan terus jadi bestfriend.

Errr...niat aku ke sana sebab nak tau,siapa sebenarnya orang kuning Digi yang selalu follow aku kemana-mana...ke tandas pun ikut erkkkk!!!

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut

Terus Berblog Walau Tiada Peminat



Salam,

Ramai orang buat blog,bukan sekadar nak menulis isi hati,isu semasa ke apa. Buat blog ni jugak satu hobi tapi kekadang hobi yang agak melekakan.

Walaupun macam tu,tanpa pembaca,siapalah kita melainkan kita betul-betul buat blog ni untuk diri sendiri. Tak kisah orang nak baca atau tak. Pendek kata,syok sendiri la.

Apa yang aku nak cakap hari ni tentang sikap suka kelepet di kalangan blogger sendiri. I follow u,u follow me!

Aku tak kisah sangat sebenarnya kalau takat singgah dan berlalu. Tapi,jangan mengaku dah follow pastu suruh kita follow balik. Aku kan,jenis yang tak suka memaksa. Nak follow itu satu kelebihan. Dia tak nak follow kita sudah. Mungkin entri kita tak cukup nak tarik minat si pembaca. Tapi jangan tipu! Aku ni boleh kata setiap hari terkena. Jom singgah blog saya dan follow. Saya janji saya akan follow balik. Cis,aku tengok statik je aku punya follower. Nak kata follow secara privacy pun tak ada. Nasib badan.

Aku selalu singgah blog orang,aku follow dulu baru aku komen kat shoutmix. Biar aku terus terang. Ada follower aku suruh follow dia balik. Tapi aku tak dapat buat. Kenapa???? Sebabnya butang follow terlalu fancy sangat sampai tak berfungsi. Kalau boleh,jangan di buang menubar yang kat atas sekali.  Kan ada butang follow. Senang klik ikut situ je. Tak pun,letak widget follower sebab kat butang tepi ada simbol macam petak bertindih. Kalau tak dapat tekan butang follow yang fancy tu,aku tekan ikut kotak tu. Mudah je. Lagipun,salah satu keburukan butang follow yang fancy sangat ni,tak mesra android. Ramai blogger sekarang guna smartphones untuk berblog. Contoh yang terdekat,  Santai Bersama Ben . Kalau tengok entri kat hujung sekali akan tertulis post via blogger v7.4. Macam aku,aku ubah post via public phone kekadang.

Yang penting,jangan menipu kalau nak meningkatkan follower. Lambat laun,orang akan dapat tahu jugak. Kalau cakap,jum singgah blog saya dan follow. Orang akan singgah dan follow. Walaupun berharap tuan tanah akan follow kita balik. Penyelesaiannya sangat senang. Kita datang dan komen setiap entrinya. Insyaallah akan di balas juga budi tu.

Aku pulak? Takkan jemu berblogwalking sambil follow blog yang aku sempat singgah. Semai benih kat situ lama kelamaan akan tumbuh juga benih persahabatan antara blogger.

Dan kepada kaki kencing dan gila glamour nak naik cepat,cepatnya kau naik dengan cara haram,cepat jugak kau jatuh. Itu lumrah manusia.

P/s : Pun tak percaya kat autoblogwalking.

posted from Bloggeroid

Posted via Public Phone Kat Tengah Laut